CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Kedah] 4 lelaki ditahan terbabit pertaruhan bola sepak Piala Dunia di Kedah

[Copy link]
Post time 23-11-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Rampasan daripada lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar. FOTO IHSAN PDRM

Alor Setar: Polis menahan empat lelaki pada serbuan Op Soga IX yang terbabit dengan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dalam tiga serbuan masing-masing di Alor Setar, Kodiang di Jitra dan Sungai Petani semalam.

Pada serbuan di Alor Setar, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di pekan Anak Bukit jam 10 malam oleh anggota Bahagian Maksiat, Perjudian Dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah diketuai Asisten Superintendan Khairul Faiz Rosli.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, selain telefon bimbit, pihaknya turut merampas wang RM385.


"Suspek mengaku terbabit dalam kegiatan pertaruhan (bookie) perlawanan bola sepak dunia dengan had kredit RM20,000," katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 22 dan 26 tahun di hadapan sebuah restoran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, jam 1.30 pagi tadi.

"Turut dirampas, seunit telefon bimbit dan komputer riba yang digunakan dengan kegiatan pertaruhan piala dunia ini serta wang RM110," katanya.

Sementara itu, pada serbuan di Jitra, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan di sebuah kedai tidak bernombor di Kampung Kubang Chenok, Kodiang jam 12 tengah malam.

Wan Hassan berkata, turut dirampas antaranya seunit telefon bimbit, pencetak mini dan dua helai resit pertaruhan perlawanan antara Perancis dan Australia yang berlangsung pagi tadi.

"Turut dirampas wang RM350 serta sebilah parang berulu kayu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iala-dunia-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056691 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list