CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Johor] Bekalan telur di Johor Bahru dicatu sedangkan stoknya mencukupi?

[Copy link]
Post time 23-11-2022 01:52 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU 23 NOVEMBER 2022. Pekerja, Aminuddin Mohd, 56, membungkus semula telur ke dalam pek lebih kecil supaya lebih ramai pengguna dapat membeli telur di kedainya di Bandar Baru Uda, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Peniaga kedai runcit di sekitar bandar raya ini mendakwa bekalan telur seolah-olah 'dicatu' sedangkan stoknya lebih daripada mencukupi.

Ia menyebabkan bekalan telur di bandar raya ini terus mengalami isu kekurangan dan tidak cukup bekalan sejak hampir lima bulan lalu. s

Pemilik kedai runcit, Faruk Abdullah, 33, mendakwa, pemborong kini mengehadkan pesanan telur dibuat pemilik kedai runcit dengan alasan bekalan telur terus mengalami bermasalah.


Katanya, pemborong juga hanya menghantar antara 20 hingga 30 papan telur berbanding tempahan biasa dibuat kebanyakan pekedai runcit iaitu 100 hingga 150 papan setiap kali penghantaran.

"Saya pun hairan mengapa bekalan telur dikatakan terjejas kerana setiap kali pemborong hantar, nampak stok telur penuh tersusun dalam lori.

"Namun apabila kita minta lebihkan stok dihantar lebih daripada 20 papan, pemborong menyatakan bekalan tidak cukup.

"Difahamkan, pemborong lebih mengutamakan penghantaran telur ke Singapura berikutan harganya mahal berbanding pasaran tempatan.

"Keadaan ini jika berterusan sangat menyusahkan pekedai dan pengguna. Malah pengguna selalu marah apabila bekalan telur sukar diperoleh," katanya ditemui.

Seorang lagi pekedai, Aminuddin Mohd, 56, berkata, dia terpaksa membungkus semula telur diterima ke pek lebih kecil mengandungi 10 biji.

Katanya, jika tindakan itu tidak dilakukan, 20 papan yang diterima akan habis dalam sehari.

"Sebelum ini, kami memang tidak pernah hadkan pembelian telur mengikut papan, namun ia menyebabkan tidak ramai pengguna dapat membelinya.

"Namun sejak dua bulan lalu, kami terpaksa melakukan pembungkusan telur kepada pek kecil bagi membolehkan lebih ramai yang dapat membelinya," katanya.

Pengguna yang mahu dikenali sebagai Azman berkata, ramai tertekan kerana bekalan telur sukar didapati sejak beberapa bulan lalu.

"Sukar nak beli telur di kedai runcit dan kedai serbaneka berhampiran rumah kerana perlu pergi pasar raya atau pemborong.

"Di kedai runcit, jika ada pun telur premium yang harganya lebih RM8 berbanding telur biasa berharga RM5.90 untuk 10 biji," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-stoknya-mencukupi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048798 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list