CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Terengganu] 'Menang' peraduan, lesap RM36,410

[Copy link]
Post time 23-11-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Seorang penuntut wanita menanggung kerugian sebanyak RM36,410 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang mendakwa mangsa memenangi peraduan dalam kejadian di bandar raya ini.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 20 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada Rabu lalu memaklumkan mangsa kononnya memenangi peraduan di dalam aplikasi belah belah sebanyak RM4,500.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, suspek kemudian meminta mangsa menekan pautan yang dihantar kepadanya untuk mendapatkan hadiah berkenaan.


Beliau berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, berbuat demikian sebelum diminta mengisi maklumat peribadinya termasuk nombor akaun.

"Mangsa kemudian menerima beberapa mesej daripada pihak bank mengandungi nombor 'TAC' sebelum menghantar nombor itu kepada suspek melalui WhatsApp seperti diarahkan suspek.

"Namun, mangsa yang curiga dengan perkara itu membuat semakan wang di dalam akaunnya dan mendapatinya ia berkurangan kerana dipindahkan ke akaun lain secara berperingkat sebanyak RM36,410.

"Mangsa yang percaya dirinya menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dulu sekiranya menerima panggilan seperti ini selain tidak sewenang-wenangnya memberi maklumat peribadi dan perbankan kepada individu tidak dikenali

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aduan-lesap-rm36410
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.131521 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list