CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Terengganu] Tiada pewaris, kenaikan kos antara punca pembuatan batik berkurangan

[Copy link]
Post time 23-11-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Nerus: Kenaikan kos pembuatan batik sebanyak 80 peratus menyebabkan ramai pengusaha pembuatan kain batik terpaksa gulung tikar di negeri ini.

Malah faktor ketiadaan pewaris yang berminat meneruskan perusahaan itu juga menyebabkan industri pembuatan kain batik canting dan cop secara tradisional di negeri ini semakin berkurangan.

Pengusaha batik, Hassan Abdullah, 50, berkata, lebih 10 pengusaha batik yang tidak meneruskan perusahaan batik kerana ketiadaan pewaris berminat.


"Tidak kurang juga yang terpaksa menghentikan perusahaan batik kerana kos bahan mentah seperti kain, pewarna dan kos tenaga kerja yang semakin meningkat.

"Sekarang batik canting semakin kurang dikeluarkan kerana permintaan yang rendah berbanding batik cop atau terap.

"Sebelum ini industri itu perlu kepakaran mencanting batik tetapi sekarang bergantung kepada blok batik tembaga yang pelbagai corak dan harga blok batik itu juga semakin meningkat bergantung kepada saiz iaitu RM150 hingga RM700 setiap satu," katanya ketika ditemui di Kilang Batik miliknya di Kampung Pondok Lalang, Tepoh, hari ini.

Hassan berkata, dia mengusahakan kilang batik itu sejak 20 tahun lalu dan mampu mengeluarkan sebanyak 20 helai kain batik setiap hari.

"Setiap bulan saya perlu mengeluarkan sebanyak 400 helai kain batik cop oleh itu seramai enam orang tenaga kerja diperlukan di kilang batik itu.

"Sesiapa yang ingin menceburi perusahaan batik terap itu perlu mempunyai hati yang kental kerana pelbagai cabaran perlu dihadapi.

"Kos bahan mentah yang sentiasa meningkat selain permintaan terhadap kain batik itu yang sering turun naik pasti memberi tekanan kepada pengeluarnya," katanya.

Katanya, dia bernasib baik kerana mempunyai pelanggan tetap daripada peniaga di Pasar Besar Kedai Payang 2 (PBKP2).

"Rata-raya pelanggan yang membeli batik cop yang dikeluarkan kilang saya ialah peniaga kain di PBKP2.

"Selain dijual kepada peniaga kain itu, saya sendiri juga menjualnya secara dalam talian sekiranya ada kain lebih yang tidak terjual," katanya.

Menurutnya, selain memastikan stok pengeluaran kain batik cop itu memenuhi permintaan pasaran, perusahaan batik cop yang dijalankan itu juga bertujuan untuk mengekalkan tradisi nenek moyang.

"Saya nekad meneruskan perusahaan pembuatan batik terap itu sampai bila-bila malah anak-anak saya juga terbabit secara tidak langsung dengan perusahaan itu sekarang.

"Sekiranya saya sudah tidak mampu meneruskan perusahaan itu kerana faktor usia, anak-anak akan meneruskannya," katanya.


Hassan Abdullah, 50, dari Kampung Pondok Lalang, Tepoh melihat pekerjanya sedang menerap batik di kilang batik miliknya. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berkurangan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.419081 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list