CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Harga tiket England melonjak RM13,575

[Copy link]
Post time 23-11-2022 01:40 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN England, Harry Maguire diasak pemain Iran, Ali Karimi.

London: Kemenangan besar 6-2 England ke atas Iran di Piala Dunia melonjakkan harga tiket yang dijual dalam talian sehingga £2,500 (RM13,575).

Ulat tiket menjualnya sehingga 50 kali ganda daripada harga asal kepada penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan England seterusnya dalam Kumpulan B.

Laman web Ticombo yang menjual semula tiket mendakwa mempunyai 500 tiket untuk aksi England menentang Amerika Syarikat dan Wales tetapi tiada jaminan mereka yang membeli daripada ulat tiket dibenarkan masuk ke stadium.

Penyokong perlu menunjukkan nombor permohonan tiket yang diperolehi ketika membelinya daripada laman web rasmi Fifa sebelum memohon permit memasuki Qatar.


Tidak dapat dipastikan sama ada penyokong boleh mendapatkan kod itu jika membelinya daripada ulat tiket dalam talian.

Fifa mendakwa menerima 23 juta permohonan untuk tiga juta tempat duduk bagi menyaksikan kejohanan dengan tiket perlawanan peringkat kumpulan habis dijual empat bulan lalu.

Sumber Qatar 22 berkata: "Tempat duduk membabitkan perlawanan England seterusnya paling laris di bandar ini sejak malam tadi."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nd-melonjak-rm13575
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list