CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MsCinderella

BANJIR 2010 DI KEDAH & PERLIS

[Copy link]
Post time 2-11-2010 07:49 PM | Show all posts
salam, boleh update lagi tak.
sekarang ni dengar katanya, dari perlis kalau nak keluar dari negeri tu, cuma ada jalan lama ke alor setar saja.  takde alternatif lain.  
sedih gak tengok keadaan kat sana.  keluarga sendiri ada kat sana.  keluarga ipar dan sedara-mara diorang pun ada kat sana.  semua tengah bersiap sedia hadapi musibah je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 07:50 PM | Show all posts
Reply 32# atahanje
sama area la dengan keluarga/sedara-mara aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 08:19 PM | Show all posts
Dah tak tau nak cakap apa.....Keta pun dah kena tarik ngan ON TOW...Tersekat tgh2 Banjir..Pekan Jitra Lumpuh....Kuala Nerang Dan Daerah Padang Terap paling Teruk,Bekalan air dan electric dah dua hari Tiada bekalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 09:23 PM | Show all posts
sabar, sabar eva.
mak, pak, adik, bini dia dan baby dah on the way balik ke ipoh sekarang.  mujurlah sempat elakkan jalan yang banjir tadi.  risau gak kalau terperangkap kat sana.
adik sorang lagi dan suami dia, tak balik.  diorang nak duduk kat kangar jaga mak mentua dia.  mak mentua dia tak nak ikut datang ke ipoh.  tak risau sangat, pasal adik-beradik suami dia ada ramai kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:39 PM | Show all posts
hujan masih turun lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 08:21 AM | Show all posts
aku amik daRI fesbuk.......

ni kat pekan kangaq
patt_sue Post at 2-11-2010 18:13



    tudia...br clear nampak kat area kangaq....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2010 08:21 AM | Show all posts
Dah tak tau nak cakap apa.....Keta pun dah kena tarik ngan ON TOW...Tersekat tgh2 Banjir..Pekan Jitr ...
edaladiva Post at 2-11-2010 20:19



    tu la kak eda..bc kat FB akak...sampai kena tarik payah gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:10 AM | Show all posts
untuk org perlis... first time banjir camnih ke atau seblom nih memang pernah kena banjir camnih...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 09:39 AM | Show all posts
cr la maid..time ni nak ambik untung busines maid..hehe
MsCinderella Post at 2-11-2010 13:40

maid indon da kena banned...
maid filipino ader kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:45 AM | Show all posts
untuk org perlis... first time banjir camnih ke atau seblom nih memang pernah kena banjir camnih...?
cmf_rambutan Post at 3-11-2010 09:10



    thn 2005 pernah banjir besar mcm ni...sama gak dgn kedah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:48 AM | Show all posts
maid indon da kena banned...
maid filipino ader kew?
masuco Post at 3-11-2010 09:39



    awat tak bgtau awal2..hr tu p philippines leh bw balik sowang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:50 AM | Show all posts
awat tak bgtau awal2..hr tu p philippines leh bw balik sowang
MsCinderella Post at 3-11-2010 09:48

a'ah kn....
kalo tau kirim 2 owang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:56 AM | Show all posts
Air empangan terpaksa dilepaskan
KANGAR 2 Nov. - Air Empangan Timah Tasoh di Padang Besar terpaksa dilepaskan semalam bagi mengelak kejadian buruk berlaku walaupun ia disedari boleh menyebabkan kawasan rendah di negeri ini dinaiki air.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan keputusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melepaskan air itu terutama dalam keadaan empangan sedang dibaik pulih.

"Kita sedar tindakan tersebut akan memberi kesan terhadap paras air di sekitar Kangar yang kini melepasi satu meter di kawasan-kawasan rendah," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini malam tadi.

Turut mengiringinya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Jamil Saad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abdullah Ali.

Menurut Md. Isa, hujan yang berterusan sejak Sabtu lalu menyebabkan paras air di empangan tersebut naik secara mendadak dan mencecah 30.45 milimeter, melebihi paras bahaya 29.2 meter.

Dalam pada itu katanya, bencana tersebut turut menjejaskan tanaman padi di seluruh negeri ini sehingga menyebabkan seluas 3,980 hektar padi tenggelam.

Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,000 orang berbanding 1,600 orang semalam.

Jumlah pusat pemindahan juga semakin meningkat daripada 14 buah yang dibuka semalam kepada 24 pusat pemindahan di seluruh negeri.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kangar mendapati walaupun hujan sudah mulai berhenti sejak awal pagi ini, paras air di jalan-jalan utama terus meningkat sehingga melebihi paras satu meter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:57 AM | Show all posts
21 sekolah di Perlis diarah tutup
KANGAR 2 Nov. - Sebanyak 21 sekolah di negeri ini telah diarah tutup berikutan keadaan banjir yang semakin buruk bermula semalam.

Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, penutupan itu melibatkan 11 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

"Seramai 9,226 pelajar akan terlibat dalam penutupan sementara sekolah sehingga keadaan banjir pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, antara SK yang ditutup adalah SK Sanglang, SK Sri Indra, SK Bukit Keteri, SK Santan, SK Padang Melangit, SK Arau dan SK Tengku Budriah.

SMK yang ditutup pula SMK Arau, SMK Syed Hassan, SMK Vokasional Arau, SMK Datuk Sheikh Ahmad dan SMK Vokasional Arau.

Beliau berkata, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk, beberapa sekolah turut diarah menangguhkan peperiksaan akhir tahun.

Katanya, terdapat 101 sekolah di negeri ini namun 80 masih meneruskan pembelajaran seperti biasa.

"Berikutan bencana alam ini, jumlah pelajar yang hadir ke sekolah semakin merosot kerana kita percaya ada antara mereka yang terlibat dengan pemindahan mangsa banjir," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 09:57 AM | Show all posts
Budak 13 tahun maut, seorang warga Jerman hilang
ALOR SETAR 2 Nov. - Banjir yang melanda negeri ini mula meragut korban apabila seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemui mati lemas manakala seorang wanita Jerman dikhuatiri lemas dalam kejadian berasingan di Padang Terap dan Kubang Pasu sejak semalam.

Mohd. Zaki Amani Shaari ditemui mati lemas petang ini selepas dilaporkan hilang ketika memukat ikan di kawasan sawah padi bersama abangnya di Kampung Charok Bongor, Kuala Nerang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira pukul 6 petang, tidak jauh dari tempat dia dilaporkan tenggelam.

Sementara itu, seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, Jitra malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air.

Difahamkan, paras banjir di kampung berkenaan mencecah dua meter dan keadaan berbahaya kerana arus deras.

"Anak dan menantunya berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa dihanyutkan arus deras," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 10:45 AM | Show all posts
boleh tak nak mintak tolong kat sapa2....ada alternatif jalan tak nak p ke arau dari jitra...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:11 AM | Show all posts
Ni kat depan rumah akak masa hujan non stop hampir 2 hari

Air naik lebih 1/2 kaki. Tp ayaq jernih cantik mcm sungai. Esuknya langit agak cerah.(semalam) Dan la kain di ampai tu kering. Tp kat belah2 Jitra bah besaq no! Kesian kat depa. Hubby akak pi jitra semlm tengok staf2 yg mangsa banjir.

Ni antara gambaq2 yg dia ambik. Semua ni kat belah2 Jitra.

Sawah padi yg bertukar menjadi lautan



Hampir mencecah bumbung!



Ngeri! Seorg ayah mengharungi air yg paras dada sambil mendukung anak kecik. Kalau tersilap langkah,
harus aruah si anak. Masa ni hubby dlm kete serba salah sgt. Nak tolong tp x bleh turun.



Dengaqnya ayaq naik agak tinggi gak kat some parts of aloq staq. Hr ni anak2 x pi sekolah pasai dok tunggu pakcik van dekat 1/2 jam tp x mai. Akak pun tepon rupanya dia x bleh kluaq. Ayaq naik tinggi. Takut van masuk ayaq.
Ayaq kat rumah pun dah ditutup mlm tadi. Kalau berlarutan kena pi sg petani la nampaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:29 AM | Show all posts
kesian kan..byk2 bersabar le..adik ipar n saudara sbleh hubby pun pindah .. now depa duk sek tajudin (x sure nama skol ni)..at Jitra
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:45 PM | Show all posts
teruknya banjir......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.084354 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list