CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Sarawak] Dana Kekayaan Berdaulat diyakini mampu mengurus lebihan dana negeri

[Copy link]
Post time 23-11-2022 06:57 AM | Show all posts |Read mode


Lembaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak diyakini mampu menjadi instrumen yang baik untuk mengurus dan melabur lebihan dana Belanjawan Negeri.

Adun Tebedu Dr Simon Sindang berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memberitahu, belanjawan Sarawak 2023 dijangka menjana lebihan RM238 juta dengan unjuran hasil RM11.035 bilion dan jumlah perbelanjaan biasa berjumlah RM10.797 bilion.

Katanya, Abang Johari memaklumkan perkara tersebut semasa berucap dalam Ucapan Belanjawan Tahun 2023 pada 21 November lalu.

“Sehubungan itu, lebihan ini perlu diuruskan dengan baik supaya lebihan itu akan menjana pendapatan lebih untuk generasi masa hadapan.

''Kami mahu dana tersebut berkembang untuk membolehkan kami memaksimumkan modal pada masa sama membolehkan kami mengurangkan kesan sumber asli yang semakin berkurangan terutamanya melibatkan sumber minyak dan gas di Sarawak,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak, 2022 pada Persidangan Hari Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menyokong usul RUU terbabit, Dr Simon menambah Sarawak tidak bersendirian dalam mewujudkan inisiatif tersebut kerana terdapat banyak negara yang telah mendahului negeri ini dalam mewujudkan Dana Kekayaan Negara berkenaan.

''Sekiranya kita mempunyai Khazanah Nasional seperti banyak negara lain yang telah mencipta Dana Kekayaan Negara masing-masing, sudah pasti Sarawak juga dapat mengumpulkan dana kekayaan yang besar untuk rakyat dan generasi masa depan,'' ujarnya.

KAPSYEN: BERCAKAP... Dr Simon berbahas ketika menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak, 2022 pada Persidangan Hari Kedua DUN hari ini.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065142 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list