CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Sarawak] RUU Anti lompat parti

[Copy link]
Post time 23-11-2022 06:55 AM | Show all posts |Read mode


Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menyambut baik keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang wakil rakyat yang dipilih, melompat parti.

Presidennya Datuk Richard Wee Liang Chat berkata, kelulusan itu menjadi penanda aras kepada ahli politik yang berdisiplin dan berprinsip serta tidak mementingkan kepentingan peribadi mereka.

"Saya berpendapat bahawa kelulusan RUU ini adalah tepat pada masanya bagi menghalang mana-mana ahli politik yang tidak berprinsip dan tidak berdisiplin melompat dari satu parti ke parti lain untuk kepentingan peribadi mereka.

"Ia akan memberi kesan kepada semua ahli politik yang mempunyai prinsip dan disiplin supaya mereka dihormati oleh rakyat " katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau mengenal pasti masih ada kelemahan dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki pada masa hadapan.

Menurutnya, beberapa kelemahan tersebut perlu dijelaskan untuk mengelakkan teka-teki dan ketidakpastian.  

"Saya berharap penggubal undang-undang akan melihat kelemahan tersebut dan membuat apa sahaja pindaan yang perlu untuk menjadikannya undang-undang yang lebih lengkap dan merangkumi semua," ujarnya


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.223159 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list