CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis arah henti sebar video kibar bendera 'komunis'

[Copy link]
Post time 22-11-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Polis arah henti sebar video kibar bendera 'komunis'

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 22, 2022 @ 5:08pm  bhnews@bh.com.my




Tangkap layar video yang ditularkan semula memaparkan sekumpulan orang berarak sambil bermain alat muzik dan mengibar bendera yang didakwa bendera komunis di Jalan Raja Tun Uda, Butterworth, di sini. - Foto tangkap layar video tular




GEORGETOWN: Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan video yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Ia susulan rakaman video tular memaparkan sekumpulan orang berarak sambil bermain alat muzik dan mengibar bendera yang didakwa bendera komunis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan mendapati, video berdurasi 1 minit 18 saat dimuat naik di aplikasi TikTok itu adalah video lama yang ditularkan semula.

Katanya, rakaman lama itu dipercayai berlaku di Jalan Raja Uda Butterworth, di sini, pada Disember 2019.

"Video berkenaan memaparkan perarakan oleh pertubuhan sukarelawan pada acara anjuran EXCO Pembangunan, Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri.

"Ia ditularkan semula pada 9 November lalu bertujuan menimbulkan kegusaran orang awam," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, individu yang ingkar dengan amaran polis itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.

Difahamkan, kertas siasatan mengenai kejadian itu sudah dibuka.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.521181 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list