CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas ditemui meninggal dunia akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 22-11-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

GUA MUSANG: Seorang warga emas lelaki ditemui meninggal dunia sejak empat hari lalu dipercayai akibat COVID-19, di rumahnya di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, di sini, semalam.

Mangsa, Mat Daud Che Deraman, 68, yang tidak bekerja difahamkan tinggal sendirian sejak kematian isterinya empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 malam daripada jiran mangsa yang memaklumkan sudah tiga hari tidak melihat mangsa selain terdapat bau busuk dari rumahnya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui terhadap kematian mangsa.


"Siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku. Hasil bedah siasat terhadap mangsa dipercayai disebabkan COVID-19.

"Mangsa kematian isterinya pada 2018 tinggal bersendirian di rumah berkenaan, manakala anaknya tinggal di Kota Bharu. Mangsa tidak mengalami penyakit kronik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sik Choon berkata, saksi kejadian pergi ke rumah mangsa jam 11 malam selepas terhidu bau busuk dari rumah mangsa.

"Dalam masa tiga ke empat hari yang lalu, saksi yang juga jiran mendapati ada bau busuk di kawasan rumah mangsa.

"Saksi yang curiga bertanya kepada jiran yang lain dan mereka juga tidak nampak warga emas itu.

"Disebabkan mengesyaki sesuatu, kira-kira jam 11 malam saksi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah tidak berkunci. Lalu saksi tolak pintu rumah dan nampak mangsa terlentang di ruang tamu dalam rumahnya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... nia-akibat-covid-19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.269285 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list