CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Kelantan] Miliki hasil hutan tidak sah, pemilik kilang kayu didenda

[Copy link]
Post time 22-11-2022 03:31 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zulkifli didenda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut di sini, hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini.

Besut: Tidak serik melakukan kesalahan sama, seorang pemilik kilang kayu didenda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki hasil hutan secara tidak sah dan membina suatu industri berasaskan kayu tanpa lesen.

Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Zulkifli Mohd Husin, 35, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 84 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan Seksyen 3 (1) Enakmen Industri Berasas Kayu (pindaan) 2011.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Zulkifli didakwa memiliki 141 tual kayu balak bulat dan 4,875 keping kayu sedia pelbagai spesis dan saiz tanpa membayar royalti, premium atau caj lain kepada pihak berkuasa negeri.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang Sawmill, Kampung Batu 13, Tenang Hulu Besut, Terengganu pada 1 petang pada 16 Ogos lalu.

Tertuduh juga didakwa menempatkan, membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu industri berasaskan kayu tanpa lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri.

Nilai rampasan hasil kayu berjumlah RM 195,722.45.

Tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dengan alasan mempunyai banyak tanggungjawab serta dalam proses membuat lesen pemilikan kilang.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM 30,000 atau jika gagal membayar denda penjara 30 hari.

Sementara bagi pertuduhan kedua, didenda RM 2,000 atau gagal membayar denda penjara 14 hari.

Tertuduh membayar denda pada jam kira-kira 1 tengah hari.

Mahkamah turut mengarahkan semua hasil kayu serta mesin yang disita diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Pada 25 Ogos 2020, Zulkifli pernah didenda RM 13,000 di mahkamah yang sama atas kesalahan memiliki hasil hutan secara tidak sah.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Noor Husnita Mohd Radzi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kilang-kayu-didenda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056322 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list