CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2060|Reply: 25

[Politik] Ahli parti sokong gabungan lain selain ditetapkan parti perlu kosongkan kerusi, kata Azalina Othman

  [Copy link]
Post time 22-11-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Ahli parti sokong gabungan lain selain ditetapkan parti perlu kosongkan kerusi - Azalina

https://www.bharian.com.my/berit ... etapkan-parti-perlu

Oleh Mohamed Farid Noh - November 22, 2022 @ 2:57pm
farid_noh@bh.com.my


Azalina Othman Said

JOHOR BAHRU: Parti komponen sesebuah gabungan politik tidak boleh meninggalkan gabungan disertai mereka bagi menyokong gabungan lain, berdasarkan Undang-Undang Anti-Lompat Parti, yang sudah berkuat kuasa.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika parti komponen menyokong gabungan lain termasuk bagi tujuan menubuhkan Kerajaan Persekutuan, maka Ahli Parlimen parti komponen itu perlu mengosongkan kerusi mereka.

Bagaimanapun, Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, Akta Anti Lompat Parti membenarkan gabungan politik untuk menyokong gabungan lain secara 'en bloc', namun perlu diingat ialah Undang-undang Larangan Lompat Parti dalam mentakrifkan parti politik, tidak membezakan antara gabungan politik dan parti politik komponen.

"Implikasinya di sini ialah sekiranya gabungan politik sedia ada bertanding di bawah satu logo dan membentangkan satu manifesto dalam pilihan raya umum, dan yang lebih penting, sekiranya calon-calon ini mendapat watikah (surat pelantikan calon) secara langsung daripada ketua gabungan parti politik masing-masing, gabungan ini adalah sebuah parti politik di bawah Undang-undang Larangan Lompat Parti.

"Oleh itu, mana-mana parti komponen yang ingin meninggalkan gabungan politik sedia ada seperti yang dinyatakan di atas perlu mengosongkan kerusi mereka kerana mereka telah berpaling tadah daripada gabungan politik asal mereka.

"Mana-mana Ahli Parlimen yang enggan menuruti keputusan parti, juga akan tergugur keahlian parti 'ceases to be a member', dan perlu mengosongkan kerusi mereka di Parlimen.
"Ini akan bertindak sebagai penghalang kepada Ahli Parlimen daripada mengingkari arahan parti, sekali gus memastikan kepatuhan disiplin parti," katanya dalam kenyataan dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Azalina yang menang di kerusi Parlimen Pengerang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata, Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik dan gabungan parti politik, perlu secara kolektif memilih Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan Persekutuan pasca pilihan raya dalam kalangan mereka secara 'en bloc', bukannya secara berasingan.

"Jika segelintir Ahli Parlimen masih enggan mematuhi arahan parti dalam kaedah pemilihan Perdana Menteri dan pembentukan Kerajaan Persekutuan, parti termasuk Barisan Nasional (BN) telah mewujudkan langkah untuk menguruskan disiplin parti, terutamanya di kalangan Ahli Parlimennya.

"Sebelum mereka menerima watikah dan pencalonan sebagai calon BN, semua calon parti telah menandatangani beberapa dokumen yang terdiri daripada surat tawaran, Akuan Berkanun, Perjanjian Pencalonan dan sumpah aku janji.

"Implikasi kolektif semua dokumen yang disebutkan di atas ialah semua Ahli Parlimen BN yang dipilih telah mengisytiharkan bahawa mana-mana kerusi yang mereka tandingi dan menangi adalah milik BN dan Pengerusi BN, mempunyai hak prerogatif untuk merundingkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

"Ahli Parlimen BN masing-masing juga telah bersetuju bahawa mereka akan berhenti menjadi ahli BN jika mereka melanggar arahan parti di mana mengikut Undang-undang Larangan Lompat Parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka di Parlimen," katanya.

Azalina berkata, langkah BN mengawal Ahli Parlimennya juga tidak melanggar hak kebebasan berpersatuan yang digariskan Perlembagaan Persekutuan.

"Ia tidak akan melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana dalam proses memperkenalkan Undang-undang Larangan Lompat Parti, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan telah dipinda, untuk menyekat kebebasan berpersatuan bagi Ahli Parlimen.

"Ia tertakluk kepada Undang-undang Larangan Lompat Parti. Implikasinya di sini ialah seorang Ahli Parlimen terikat dengan arahan parti dan bukan lagi menjadi 'ejen bebas'," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
yeahh... azalina dah berbunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 03:34 PM | Show all posts
dah x boleh melompat,last2 tergantung hahahahha,kalau x dah jahanam BN ramai yg melompat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third
Tunku Kursiah Third Third, Tunku Kursiah Third

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 03:35 PM | Show all posts
jadinya nak kena undi balik ka kerusi2 yg kosong tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 03:36 PM | Show all posts
Apa beza surat sumpah nie dengan baiah PAS tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
maknanya hanya gps,grs dan parti yg takde dlm bn, yg 'bebas' membentuk kjaan ngn ph atau pn???????
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 04:46 PM | Show all posts
Keputusan bn join ph tu keputusan parti ke keputusan 1 orang ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 05:01 PM | Show all posts
hanif khatri ckp lain plk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 09:34 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin maskulin heshe ni.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 statement dikeluarkan bagi menghalalkan jilatan cirit berjemaah .
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan le semua 10 wakil BN tu tarek balik SD sokong abahko
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-11-2022 04:10 PM
maknanya hanya gps,grs dan parti yg takde dlm bn, yg 'bebas' membentuk kjaan ngn ph atau pn???????

Tak kira mana2 parti, BN pun bebas nak pilih PH atau PN.....kena ikut suara majority dlm parti
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 22-11-2022 04:46 PM
Keputusan bn join ph tu keputusan parti ke keputusan 1 orang ?

BN ada 30 MP, jika 10 sokong PN, maknanya majority yg 20 mungkin sokong PH.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-11-2022 10:48 PM
BN ada 30 MP, jika 10 sokong PN, maknanya majority yg 20 mungkin sokong PH.

KJ acaner dekkkk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 26-11-2022 10:58 PM
KJ acaner dekkkk?

Kena tnya KJ, adakah dia termasuk dlm 10 mp BN yg sokong PN
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 11:12 PM | Show all posts
Haha undang2 tu suruh bincang elok2 buat vote kemudian president serah pendirian majoriti. Tapi terbalik jadinya skrg sape tak ikut perintah president out out out gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 26-11-2022 11:12 PM
Haha undang2 tu suruh bincang elok2 buat vote kemudian president serah pendirian majoriti. Tapi terb ...

Memang dah bincang pun, dah berapa byk kali bincang dan mesyuarat, keputusan parti telah dibuat, presiden hanya menyampaikan keputusan parti. Mana2 pemimpin yg tidak mengikut keputusan parti boleh diambil tindakkan oleh parti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-11-2022 11:09 PM
Kena tnya KJ, adakah dia termasuk dlm 10 mp BN yg sokong PN

KJ dah xde kaitan...heols dah bukan MP..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.451164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list