CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

Verstappen dominasi Litar Yas Marina

[Copy link]
Post time 22-11-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN mengakui tidak menerima sebarang arahan untuk membiarkan Perez memintasnya pada perlumbaan GP Abu Dhabi di Litar Yas Marina kelmarin.


ABU DHABI – Pelumba utama pasukan Red Bull, Max Verstappen mengakui tidak menerima sebarang arahan untuk mem­biarkan Sergio Perez memintas­nya selepas mendominasi perlumbaan terakhir Formula Satu (F1) musim ini pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi kelmarin.

Pada saingan itu, Verstappen yang sah mempertahankan kejua­raan dunia buat kali kedua berturut-turut mempamerkan pemanduan dalam kelas ter­sendiri untuk merekodkan kemenangan GP ke-15 musim ini.

Namun, nasib berbeza buat Perez yang terpaksa akur di kedudukan ketiga perlumbaan sekali gus gagal memintas carta kedua keseluruhan selepas ke­tinggalan tiga mata berbanding pelumba Ferrari, Charles Leclerc.

Menurut Verstappen, tiada arahan yang diberikan secara khusus oleh pihak pengurusan untuk membantu Perez menjuarai perlumbaan kali ini kerana ia bukanlah langkah terbaik bagi menamatkan saingan pada musim ini.

“Secara jujur, tiada sebarang arahan daripada mereka kerana ia adalah strategi yang boleh memakan diri kerana Ferrari agak pantas kali ini.

Mungkin jika saya membiarkan Perez mendahului saingan dan menghalang pelumba lain, ia boleh dianggap tidak adil.

“Justeru, saya percaya sudah melakukan keputusan yang tepat untuk meneruskan sahaja momentum seperti biasa dan saya pasti Perez juga memahami situasi tersebut kerana dia juga bergelut untuk bersaing pada kali ini,” katanya.

Kemenangan tersebut menyaksikan Verstappen gah mengutip 454 mata selepas mengharungi 22 perlumbaan musim ini, manakala Leclerc di tempat kedua dengan 308 mata dan Perez (305 mata). – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... i-litar-yas-marina/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078452 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list