CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penduduk gesa jalan terputus segera dibaiki, terpaksa pusing 20 km

[Copy link]
Post time 22-11-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Jalan Panchang Chengkau, dekat Durian Daun yang rosak menyebabkan penduduk terpaksa melalui jalan jauh. - Foto NOR AINNA HAMZAH


REMBAU – Penduduk serta pengguna jalan raya menggesa pihak bertanggungjawab mempercepatkan kerja baik pulih Jalan Panchang Chengkau, dekat Durian Daun, di sini, yang menyebabkan mereka terputus hubungan sejak Sabtu lalu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Durian Daun, Mohammad Yusoff Muslim, 65, berkata, ada beberapa keluarga terpaksa membuat keputusan tidak menghantar anak ke sekolah terletak di Kampung Pilin.

Katanya, hal ini kerana kerana mereka perlu berpusing sejauh lebih 20 kilometer (km) untuk ke sekolah yang sebelum ini hanya terletak kira-kira 2 km.

Malah, jalan terputus hubungan itu juga menimbulkan kesukaran kepada pelajar dan pekerja di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau yang rata-ratanya menyewa di sekitar Pekan Rembau atau kawasan berdekatan.

“Mereka tiada pilihan lain selain terpaksa mengikut laluan di Pedas ataupun di Astana Raja untuk ke Pilin yang terletaknya kemudahan sekolah serta UiTM. Jadi sebagai mewakili penduduk, saya harap agar laluan ini dapat diberi perhatian segera kerana ia merupakan laluan utama penduduk kampung.

“Malah, sekiranya berlaku banjir tentu keadaan lebih sukar dari segi bantuan atau sebagainya kerana laluan yang menghubungkan ke Pilin sudah terputus hubungan,” katanya ketika ditemui di Durian Daun, di sini, tadi.

Sementara itu, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Mohd Fareid Isa berkata, laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula Sabtu lalu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya, penutupan sementara jalan berkenaan adalah ekoran terdapat kejadian tanah runtuh di Kilometer 7.

“Jalan Alternatif yang boleh digunakan adalah Laluan Jalan Kundur – Pilin (N33), Jalan Kota – Lubok China (N12) & Jalan Port Dickson – Lubok China (FT005),” jelasnya.

Dalam pada itu melalui pemeriksaan di tapak mendapati berlaku tanah runtuh kira-kira sepanjang 70 meter (m) di sebelah kiri jalan.

“Kejadian tanah runtuh ini disebabkan kegagalan struktur tanah sedia ada yang tidak kukuh selain hujan yang berterusan serta terdapat aliran air bawah tanah di lokasi tersebut.

“Pemeriksaan visual juga mendapati struktur bawah jalan termasuk permukaan jalan telah mengalami kerosakan serius. Dianggarkan sepanjang 100 m. Selain itu longkang di bahu jalan telah rosak disebabkan runtuhan tanah,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar laporan berserta anggaran kos pembaikan dan kini dalam tindakan Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... paksa-pusing-20-km/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050210 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list