CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga emas didenda RM30,000 abai anjing peliharaan hingga mati

[Copy link]
Post time 22-11-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode

HO YUH MA bersama peguamnya ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang hari ini.



GEORGE TOWN: Seorang warga emas dijatuhi hukuman denda sebanyak RM30,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah mengabaikan empat ekor anjing peliharaan sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati dua tahun lalu.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman tersebut ke atas tertuduh, Ho Yuh Ma, 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, Yuh Ma selaku orang kena saman (OKS) didapati secara tidak munasabah meninggalkan empat ekor anjing tanpa jagaan, makanan dan minuman hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya sehingga salah seekornya mati di tempat kejadian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sam Ah Chow, Tanjong Bunga di sini, 17 Julai 2020.

Dia yang bekerja sendiri dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Sesyen 29(1)(e)Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Roziman Awang Tahrin dan Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Baldev Singh Bhar.

Terdahulu, Roziman memohon mahkamah mengambil kira sensitiviti kes tersebut yang telah menyebabkan kematian seekor anjing selain menetapkan hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap OKS supaya perkara sama tidak berulang.

Menurutnya, hukuman itu juga dapat memberi mesej kepada masyarakat supaya tidak mengabaikan kebajikan haiwan.

Dalam pada itu, difahamkan tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... haraan-hingga-mati/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053959 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list