CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V168'

   Close [Copy link]
Post time 23-11-2022 01:52 PM | Show all posts
mattzzx replied at 22-11-2022 02:19 PM
jemput masuk borak2 santai ...

yeye zura
lagi banyak kedit yg dapat lagi matt suka


semua kita yg aktif borak mmg suka kedit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 01:53 PM | Show all posts
mattzzx replied at 22-11-2022 02:19 PM
jemput masuk borak2 santai ...

itu lah
hari ni pun tak tahu apa kesudahannya


zura rasa samada ptg ni atau selewat2nya esok baru dpt PM baru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 01:54 PM | Show all posts
ok dah abis kait dr rumah lama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 01:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 01:57 PM | Show all posts
cuaca redup skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:01 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 23-11-2022 02:04 PM

semoga diberi kesembuhan. aamiin.



Nad Zainal kritikal di ICU

Oleh Fatin Farhana Ariffin - November 23, 2022 @ 1:43pmfatin.farhana@bh.com.my




Nad kini sedang kritikal di ICU Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru.




KUALA LUMPUR: Pelakon, Ungku Ismail Aziz memaklumkan sahabatnya yang juga pelakon, Nad Zainal kini sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Kata Ungku secara ringkas, dia memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Nad.

"Nad sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala," tulisnya dalam hantaran di muat naik di Instagram Story, sebentar tadi.

Sebelum itu, Ungku memberitahu pelakon drama Cina Buta itu kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Berikutan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.

Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).



Ungku Ismail muat naik hantaran berkongsi keadaan Nad yang kritikal di ICU.

Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.

"Nad dimasukkan ke unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-parunya penuh dengan darah. Mereka terus melakukan prosedur keluarkan semua darah.

"Alhamdulillah, prosedur ini sudah selesai, tetapi dalam keadaan macam ini, paru-parunya masih basah, jadi bernafas pun susah.

"Bila tengok keadaan Nad nak bernafas, sedih juga. Doktor juga mengatakan Nad nampak bergelut untuk bernafas.

"Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam.

"Doktor mahu pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak mahu Nad bergelut untuk bernafas," katanya.

Memohon doa agar Nad kembali sembuh, Ungku juga berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenai keadaan aktres berusia 32 tahun itu.

"Doktor masih tidak dapat kesan punca paru-parunya berdarah, tetapi apa yang pasti bukan disebabkan 'long COVID-19'. Harap semua orang jangan buat spekulasi tidak betul," katanya.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2022 02:01 PM | Show all posts
tengah tengok awani skrg
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:02 PM | Show all posts
dah ada keputusan dr istana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 02:02 PM | Show all posts
ala belum lg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:03 PM | Show all posts
esok majlis raja2 bersidang pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:03 PM | Show all posts
jd esok je la ada keputusan sapa PM baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:06 PM | Show all posts
Tun M sedih PEJUANG kalah PRU, tumpu tulis buku sejarah


Oleh Rohaniza Idris - November 23, 2022 @ 1:46pm  roha@bh.com.my




Tun Dr Mahathir Mohamad. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI




KUALA LUMPUR: Empat hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan beliau apabila partinya itu tewas.

Pengerusi Penaja parti Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, sebagai pengerusi PEJUANG, beliau sedih dengan keputusan itu, namun tetap menerima pilihan rakyat.

"Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang mengganti GTA kalah dalam PRU15. Saya sebagai Pengerusi PEJUANG sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat.

"Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia," katanya dalam catatan pertama selepas PRU15.

Pada PRU15 Sabtu lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Mahathir sendiri kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 13,518 undi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta calon Gerakan Tanah Air lain juga mengalami kekalahan teruk, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU15.

Dr Mahathir berkata, memgakui kekalahan PEJUANG di semua 125 kawasan ditandinginya bermakna parti itu tidak dapat berperanan sebagai pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Justeru, beliau berkata, segala perancangan diatur PEJUANG untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang.

"PEJUANG berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

"Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan sejarah dan aktiviti dalam negara.

"Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," katanya.






Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:07 PM | Show all posts
harap tun m tak sedih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:07 PM | Show all posts
anggap je la ada hikmah atas kekalahan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:08 PM | Show all posts
rakyat nk tun berehat dan lupakan dunia politik
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:08 PM | Show all posts
zaman tun dlm politik dah berakhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 02:09 PM | Show all posts
cukuplah dulu tun dah bangunkan mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:13 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 22-11-2022 05:26 PM
Huhu nov lg la byk nk kn kait

noti2 kaka klu ada yg nov nk ignore kaka ok je. kesian kt nov.
mmg byk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:15 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 22-11-2022 07:27 PM
itu blm kn byr tax yg rege lbh dr rege kete beli kat sn

aah betul. kena byr tax dan byran lain.
jd ada baiknya beli keta dlm negara lg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 02:16 PM | Show all posts

esok majlis raja2 bersidang.
lps tu nti mgkn baru ada keputusan sapa PM baru.
sb takde parti yg dpt majoriti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-6-2023 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.281097 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list