CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 15

Tak Payah Dirindu Calon Lama Dan Popular Yang Tersungkur

  [Copy link]
Post time 22-11-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Selesai sudah rakyat Malaysia mengundi. Memilih kepimpinan negara bagi satu penggal akan datang. Bukan tugas mudah namun masih ada yang menjadikannya remeh.


Remeh apabila terdapat beberapa individu tidak tahu cara membuang undi. Pangkah di ruangan kosong atau cop menggunakan dakwat pada jari.


Kedengaran lucu namun sebenarnya sambil lewa. Jika dakwat di jari terkena kertas undi maka ia dikira undi rosak, ruginya Malaysia ada pengundi culas.


Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 369 calon berputih mata apabila hilang wang deposit RM10,000 sementara 129 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Perlis dan Perak hilang wang pertaruhan RM5,000.




Foto: FB




Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan calon baharu, bebas tetapi heavyweight. Sukar diterima namun kuasa pengundi mengatasi segalanya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal mempertahankan Parlimen Langkawi apabila memperoleh 4,566 undi, kekalahan kali pertama sejak 70 tahun dalam politik.


Pilihan raya getir ini turut menyaksikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz hilang kerusi Parlimen Jerlun. Besar kemungkinan legasi anak beranak ini akan ‘terkubur’.


Turut ‘hangus duit’ barisan selebriti, aktivis dengan Parlimen paling banyak kehilangan wang pertaruhan adalah Parlimen Batu iaitu lapan daripada 10 calon.


Sabtu lalu juga menyaksikan calon paling lama, berpengalaman, popular tidak mampu mempertahankan kerusi apatah lagi mencuri perhatian pengundi muda.


Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Pas sekali gus kehilangan kerusi Gua Musang yang disandangnya sejak 1986. Kekalahan pertama dalam karier politik Ku Li selama lebih 50 tahun.


Gelombang hijau benar-benar menyerlah PRU15, sapu bersih semua Parlimen Kelantan.


Turut berakhir kerusi Permatang Pauh yang diwarisi ratu reformis Nurul Izzah daripada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Impian Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut lebur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga gagal mempertahankan Parlimen Putrajaya yang disandangnya sejak 2004.


Pengundi telah menghantar mesej jelas buat semua 944 calon yang bertanding pada PRU15. Popular bukan faktor anda dipilih, pengalaman bukan bonus tetapi parti mempengaruhi undi lebih 21.1 juta pemilih.


Jumlah views cecah puluhan ribu, ceramah penuh sehingga terpaksa berhimpit walau dalam hujan bukan penentu kemenangan, bukan juga kawasan putih.


Kemeriahan sambutan tiap kali calon turun padang bukan jaminan dan PRU15 memberi kejutan, pengundi senyap buat pergerakan luar biasa.


Cukuplah ‘menjual’ diri, mendabik dada kekuatan yang ada kerana ia tidak menjamin apa-apa sekali pun parti tertua dan keramat. Berubah dan menyerahlah pada yang kalah.


Ketika ini, kita ‘diraikan’ dengan perbalahan, perletakan jawatan dan perebutan. Berbincanglah dengan baik supaya tiada lagi kerajaan pintu belakang.


Siapa Perdana Menteri ke-10? Kita tunggu sehingga pukul 2 hari ini. Itulah PM pilihan anda semua. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 11:14 AM | Show all posts
patut sebut sekali
zahid hampir-hampir tewas di kubu kuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 11:23 AM | Show all posts
come back stronger.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh Putrajaya, sungguh xsangka radzi jidin nak menang. Poster, billboard Ku Nan macam setiap 1 meter kat Putrajaya. Mata mmg nampak bendera BN je. Biru BN saujana mata memandang. LoL
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi can la org lain nak jadi kaya lak
Asyik2 org yg samaaaaa je
Yg hilang deposit tu sah2 rete pun billionz .kesah lak hilang deposit
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:30 AM | Show all posts
adan uke sume kalahhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku elok2 pkr p join pejuang
Undi tak sampai 1k. Sedih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka teori perang bendera  sapa paling byk dia menang tak tepat nah ..tgk PH MMG paling cikai la ..nk g kempen pn segan markas Bn semua ceruk ada amik ko kt johor terciduk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 09:53 AM | Show all posts
Yang muda2 masih ada peluang  di lain masa.
Yang tua2 tu rehat je la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:55 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 23-11-2022 09:55 AM

Cian Jamal jamban senyap terus
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...369 hilang deposit dah 3 juta lebih..so duit tu pegi mana? Soalan jujur sbb x pernah tau duit tu akan jadi apa..bakal jadi perbelanjaan SPR ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:58 AM | Show all posts
The best option is BN untuk rakyat malaysia yg berbilang bangsa & agama sbb dari awal penubuhannya BN sudah tolak PAS & DAP....sekarang rakyat memilih...hadaplah parti parti extremis ini...extrime cina & Islam
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:59 AM | Show all posts
calon2 politik ni sembang je lebih...biar rakyat tentukan prestasi mereka...skrg ni kerja kuat shj tidak memadai...persepsi dan ilusi turut memainkan peranan dlm survival ahli politik...dlm erti kata lain, fitnah2 akan berleluasa di akhir zaman...nobody knows the truth nor the lies...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:02 AM | Show all posts
Simunggu replied at 23-11-2022 09:58 AM
The best option is BN untuk rakyat malaysia yg berbilang bangsa & agama sbb dari awal penubuhannya B ...

tak bole bagi semua pilihan ditangan rakyat. seperti sebuah keluarga anak2 diberi pilihan mestilah mereka nk itu ini begini ikut tekak masing2. tapi sebagai ibubapa mereka lebih tau apa yg terbaik utk anak2 mereka. jgn bagi anak tu sebagai tuan pula.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bethol dek.. undi dah buang, pru dah habis rindu2 apoo… ahli politik bukan bff korang pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080834 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list