CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

Musim yang tidak dapat saya lupakan - Zaqhwan

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode

KEJAYAAN Zaqhwan itu juga meneruskan legasi pelumba negara memenangi kelas paling tertinggi. FOTO Ihsan ARRC

Kuala Lumpur: Penantian sejak sekian lama untuk bergelar juara keseluruhan kelas perdana ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) akhirnya menjadi kenyataan untuk pelumba negara, Zaqhwan Zaidi di Thailand, semalam.

Pelumba Honda Asia-Dream Racing with SHOWA itu mengesahkan juara keseluruhan selepas mengumpul 157 mata untuk mengatasi pesaing terdekat, Haruki Noguchi dari pasukan SDG Motor Sports HARC-PRO Ph yang muncul naib juara dengan 154 mata.

Pada dua perlumbaan di pusingan terakhir dekat Litar Antarabangsa Chang pada Sabtu dan semalam, Zaqhwan menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat kelima.


Sebelum dua perlumbaan di pusingan terakhir itu, Zaqhwan menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 135 mata, 19 mata di belakang Noguchi.

Namun susulan pelumba Jepun itu tidak beraksi pada pusingan terakhir itu kerana mengalami kecederaan belakang, ia jelas memberi kelebihan kepada Zaqhwan.

"Tiada kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan yang saya rasai ketika ini.

"Kami menunggu selama dua tahun dan akhirnya ia berbaloi. Juara Asia buat kali ketiga dan kejayaan kali pertama saya muncul juara keseluruhan ASB1000.

"Ia pastinya musim yang tidak dapat saya lupakan. Terima kasih kepada pasukan yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras bersama-sama," katanya.

Kejayaan Zaqhwan itu juga meneruskan legasi pelumba negara memenangi kelas paling tertinggi itu selepas Azlan Shah Kamaruzaman muncul juara keseluruhan pada 2019, iaitu musim pertama kelas itu diperkenalkan namun saingan ARRC dibatalkan selama dua musim selepas itu berikutan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, pelumba berusia 27 tahun itu pernah muncul juara Asia dua kali menerusi kelas SS600 pada 2014 dan 2016.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aya-lupakan-zaqhwan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.173954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list