CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wanita bunuh lelaki ditemukan panik, sedih di sisi mayat

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, malam ini, dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.


"Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami menemui mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan," katanya ketika ditemui di lokasi, malam ini.

Nanda memaklumkan, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa selain menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini.



POLIS menahan suspek (gambar kiri) selepas dipercayai membunuh seorang lelaki. Gambar kanan, mayat mangsa diusung keluar oleh polis dari apartmen dekat Taman Bukit Delima. FOTO Azrul Edham

"Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun kami akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira 9 malam.

"Pihak kami akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sisi-mayat-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.476539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list