CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Kelantan] Perlu selesai segera isu 'simpang makan orang'

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Machang: Cabang Empat Kuari Bukit Buloh, Pulai Chondong, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dekat di sini, dikenali sebagai 'simpang maut' oleh penduduk setempat berikutan kekerapan berlaku kemalangan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati laluan jalan berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan keluar masuk termasuk kenderaan berat seperti lori yang menggunakan laluan itu untuk mengangkut batu kerikil dari kuari yang berdekatan.

Penduduk Mohd Razali Zakaria, 54, berkata, laluan itu boleh diumpama 'perangkap maut' kepada penduduk dan pengguna berikutan kebanyakan kenderaan dipandu laju terutamanya ketika memasuki kawasan simpang.



"Cadangan untuk meletakkan lampu isyarat di simpang ini tidak bersesuaian disebabkan keadaan jalan yang menuruni bukit selain mempunyai selekoh yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Bagaimanapun, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku berterusan termasuk kemalangan maut, saya mengharapkan penyelesaian dapat dilakukan antaranya dengan membina bonggol atau meletakkan papan tanda amaran di kawasan ini memandangkan ratusan kenderaan terutamanya lori yang memunggah batu di kuari keluar masuk hampir setiap hari," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.



MUHD Sadiqi Zakaria menunjukkan persimpangan yang sering berlaku kemalangan maut di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Manakala bagi peniaga kedai makan, Noryana Mat, 52, berkata, sejak berniaga di kawasan itu lebih 20 tahun lalu, dia tidak menafikan laluan berkenaan diibaratkan seperti 'perangkap maut' kerana keadaan simpang yang membahayakan pengguna.

"Kemalangan sering berlaku di simpang ini termasuk membabitkan kematian dan pada masa laluan ini juga amat gelap sekaligus mendatangkan bahaya kepada penduduk dan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam.

"Bulan lalu, berlaku satu kemalangan maut di simpang ini membabitkan dua remaja meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang mereka berlanggar dengan kenderaan berat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung mukim Gading Galoh, Muhd Sadiqi Zakaria, 33, berkata, dia akan berbincang mengenai permasalahan itu dengan pihak atasan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku.

"Beberapa kematian membabitkan pengguna jalan raya sudah direkodkan di kawasan ini sejak beberapa tahun lalu termasuklah ahli keluarga saya sendiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... makan-orang-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.234960 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list