CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Pahang] Tiga beranak terselamat dari pokok tumbang

[Copy link]
Post time 22-11-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM dan orang awam membantu memberikan bantuan kepada mangsa di Kuantan. FOTO Ihsan APM Kuantan

Kuantan: Tiga beranak yang menunggang motosikal terselamat dalam kejadian pokok tumbang di Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang, di sini malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said, berkata kejadian itu turut membabitkan sebuah kereta.

Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 malam.


"Seramai lapan anggota PKOD Kuantan segera ke lokasi dengan menaiki dua ambulans bagi membantu dan merawat mangsa di lokasi.

"Kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu kereta dan motosikal.

"Mangsa lelaki dewasa bersama seorang anak dan isteri yang menunggang motosikal cedera di bahagian kaki.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan kakitangan HTAA.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dari-pokok-tumbang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.308038 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list