CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

Izzat Zaidi tekad buru gelaran UB150 ARRC

[Copy link]
Post time 21-11-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

IZZAT berjaya mendahului perlumbaan pada baki tiga pusingan untuk menaiki podium pada perlumbaan UB150 ARRC di Litar Antarabangsa Buriram kelmarin.



PELUMBA negara, Izzat Zaidi Salehan membuat kejutan apabila menaiki podium tempat kedua pada perlumbaan terakhir di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), sekali gus semakin hampir untuk menjulang gelaran Underbone 150 di bumi Thailand kelmarin.

Pada Perlumbaan 1 di Litar Antarabangsa Buriram, Izzat pada mulanya bersaing dengan baik, namun ketinggalan di belakang selepas berhempas pulas menyekat pelumba hadapannya.

Namun, kesabaran Izzat ­akhirnya berbaloi apabila pelumba Pitsbike Jrt Oneway berjaya menaiki podium tempat kedua, manakala pesaingnya dari Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR Racing Team) sekadar tempat ke-13 meskipun bersaing hebat pada saingan itu.

“Syukur Alhamdulilah kerana akhirnya saya dapat menaiki podium kerana saya sudah tunggu lama. Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya kerana menyediakan jentera cukup baik.

“Mungkin podium pada hari ini adalah rezeki saya. Saya tahu bukan mudah bagi kami minggu ini kerana pada sesi latihan pertama jentera berdepan masalah dan akhirnya pasukan dapat menyediakan jentera cukup padu.

“Pada perlumbaan itu saya ambil langkah berhati-hati dan menunggu baki tiga pusingan terakhir untuk memecut. Syukur di selekoh terakhir saya tidak terlibat dalam kemalangan dan membolehkan saya menaiki podium.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga, isteri serta pasukan yang memberi dorongan kepada saya selama ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Hasil keputusan tersebut, Izzat kini mendahului carta kedudukan keseluruhan UB150 dengan kelebihan enam mata berbanding Wahyu selepas mengumpul 135 mata, sekali gus berazam untuk menoktahkan kemenangannya di Thailand.

“Jika diikutkan, saya hanya dibezakan enam mata dengan Wahyu. Jadi saya perlu di hadapannya atau berada di belakangnya. Saya yakin saingan pasti sengit,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... gelaran-ub150-arrc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list