CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Terengganu] JPNT berjaya tangani jenayah di kalangan pelajar

[Copy link]
Post time 21-11-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Muie Ngah (dua kiri) ketika menyampaikan Anugerah Pertandingan Amalan Terbaik Peringkat Negeri Terengganu di SMK Sultan Sulaiman. FOTO Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Masalah disiplin dalam kalangan pelajar di negeri ini sehingga dikenakan hukuman penjara mencatatkan penurunan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, pihaknya dimaklumkan hanya dua pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam penjara, tahun ini.

Menurutnya, ia mencatatkan penurunan apabila terdapat seramai 16 pelajar pada 2019 dan tiga pelajar mengambil peperiksaan SPM di dalam penjara, tahun lalu.


"Jika kita melihat pada 2019, seramai 16 pelajar terpaksa mengambil peperiksaan SPM di dalam penjara atas beberapa kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, kita melihat ada penurunan pembabitan pelajar dalam melakukan kesalahan jenayah dan kita akan berusaha bagi menyelesaikan masalah pada masa depan," katanya.

Abdul Muie berkata, pihaknya juga giat melaksanakan beberapa kaedah bagi memastikan pelajar negeri ini tidak terbabit dalam kegiatan merokok dan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Katanya, pihaknya berbangga dengan usaha warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman apabila berjaya mewujudkan inovasi program pendidikan tandas yang pertama di negeri ini.

"Program yang dilaksanakan dengan menggunakan medium 'Rumah Kelab' di mana hanya pelajar yang menjadi ahli akan diberi kad keahlian untuk mengakses masuk ke dalam tandas terbabit.

"Dengan adanya inovasi dan kreativiti yang dihasilkan pihak sekolah membuktikan bahawa sekolah ini menjadi contoh yang terbaik kepada sekolah lain dalam usaha melahirkan pelajar bebas merokok.

"Harapan saya semoga usaha ini berterusan dan perkara berkaitan gejala yang membabitkan salah laku pelajar seperti rokok dan vape serta buli di sekolah dapat dielakkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kalangan-pelajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.113198 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list