View: 3336|Reply: 71
|
Najib Razak Mohon Hentikan Berbalah, Tunjuk Siapa Kuasa
[Copy link]
|
|
Kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu duduk bersama-sama dan memikirkan masa depan serta hala tuju negara ketika ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan rakyat berpecah.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketegangan dan perpecahan yang berlaku ketika ini perlu diredakan dengan pemimpin fokus mengutamakan kepentingan rakyat selain memikirkan semula ke arah negara yang lebih stabil.
Foto: Kosmo
“21 juta pengundi, rakyat telah bersuara, keputusannya menunjukkan Malaysia berpecah. Ada persahabatan yang terputus sepanjang kempen.
“Ada masa untuk kita berpolitik, berbahas, berbalah, berebut. There is a time for this but it is not now (ada masanya berpolitik tetapi bukan sekarang). Kini tiba masanya kita duduk dan benar-benar memikirkan masa depan negara.
“What do we want (Apa yang kita mahukan) Malaysia? Ke mana kita? Apakah masa depan dan hala tuju yang kita mahukan? Untuk Malaysia, untuk anak-anak Malaysia.” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Najib turut mengajak semua pemimpin dan rakyat mengetepikan isu perbalahan politik sebaliknya bersatu hati membina semula negara.
“Ada keluarga yang bertengkar sesama diri, ibu bapa dengan anak-anak, anak saudara dengan pak cik mak cik, kawan baik berpuluh tahun kini tidak bercakap. Jangan, hentikanlah. Please stop it (tolong hentikan), bersama semula sebagai sahabat dan keluarga.
“Come together again (mari bersama semula), as friends and family (sebagai kawan dan keluarga)..kita 1Malaysia. We are all (kita semua) 1Malaysia, isu politik juga tolonglah ketepikan dulu, nak bina parti nak kukuhkan kawasan nak fikir PRU16 semua letak tepi dulu siapa lebih power (hebat),” jelasnya.
Hari ini pelbagai spekulasi yang timbul menyatakan terdapat perpecahan berlaku di antara Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan terhadap dua blok berasingan iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
bising lah banduan ni
dulu pasal dia pun orang bergaduh sana sini
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
haik facebook from banduan. from a banduan to another banduan. elok ler |
|
|
|
|
|
|
|
sadap la banduan… ko la punca pertama pergolakan semua ni… |
|
|
|
|
|
|
|
duk dendiam dalam penjara dah ler.. baca buku.. baca quran...
sibuk dia nak join mengomen, takut orang lupa kat dia la tu gamak nye |
|
|
|
|
|
|
|
diam la ko najib...sakau dgn jho low
|
|
|
|
|
|
|
|
ish berbunyi pulak dia ni...pdhal sbb dia la negara jadi tak stabil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok jib senyum sinis dlm penjara. Eh penjara ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
diamlah Najib, why dont u just enjoy ur penjara time |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam penjara boleh update facebook? atau PA dia pergi penjara suruh dia taip? atau admin page dia dah draft siap siap sebelum jibby masuk penjara? atau kak mah lampir dengan anak pompuan dia yang kepam tu tolong taip status??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah br skrg dia leh berfikir dgb waras..ms dia duk jd pm xder plak dia pk mcm tuh |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tgk lah tak pegang jawatan terus elok, anak malaysia lah anak dia lah keluarga lah sahabat lah, pegang jawatan tgk, percuma je jadi babi |
|
|
|
|
|
|
|
bior la tokjib nak bercakap pun, dia bekas PM jugak. kurang2 time dia lepas undi terus majoriti terus umum cuti, la ni punya gila nak masuk 2 hari xdak kerajaan lgi |
|
|
|
|
|
|
|
gedeban betul banduan skrg... siap blh up status tu kt socmed... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia boleh surf internet dr dlm sel ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|