CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Terengganu] Ikat sangkar ikan persediaan hadapi banjir

[Copy link]
Post time 21-11-2022 02:09 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG penternak ikan sangkar sedang mencuci pukat sambil berpaut pada tali yang diikat pada sangkar. FOTO Nazdy Harun.

Kuala Berang: Sekumpulan penternak ikan sangkar di Kampung Pantai Ali, di sini, giat melakukan persiapan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua kelompok, Zakaria Ismail, 65, berkata, seramai 27 peserta terbabit menternak ikan air tawar di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan 250 buah sangkar.

Menurutnya, sangkar yang terletak di tebing Sungai Telemong, itu biasanya akan berdepan arus deras dan peningkatan air sungai yang tinggi apabila tiba musim banjir.


"Oleh itu, penternak mengambil langkah dengan mengikat struktur sangkar bagi mengelak ia dihanyutkan arus deras selain pergerakan sangkar dari bahagian hulu menghentam sangkar yang berada di hilir.

"Selain itu, bongkah atau tunggul kayu juga mampu merosakkan struktur sangkar sekiranya tidak diikat dengan kemas," katanya yang menternak ikan sangkar di tebing Sungai Telemong, sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, kerja mengikat sangkar sudah dilakukan sejak Ogos lalu dan kini hanya tinggal kerja-kerja akhir bagi memastikan struktur sangkar mampu menerima impak apabila berlakunya banjir.

Katanya, anggaran keseluruhan kerugian akibat banjir luar biasa akhir Februari lalu iaitu RM1.5 juta dan dia sendiri yang mempunyai 36 buah sangkar mengalami kerugian RM140,000.

Zakaria berkata, bagi mengurangkan kerugian biasanya penternak akan menjual ikan-ikan yang sudah mencapai tahap berat, namun bukan semua yang dapat dijual memandangkan pelbagai saiz ikan berada di dalam sangkar.

"Biasanya ikan Patin diternak antara lapan hingga 10 bulan, ikan Talapia mengambil tempoh empat hingga 5 bulan manakala ikan Baung paling awal boleh dijual dalam tempoh setahun enam bulan hingga dua tahun.

"Permintaan ikan sangkar amat tinggi, bagi sangkar saya antara 200 hingga 300 kilogram (kg) sehari diperlukan namun atas pelbagai faktor saya hanya mampu memasarkan antara 100 hingga 120 kg saja sehari," katanya.

Peserta, Zulkifli Ismail, 56, berkata, dia juga mengambil langkah sama dengan mengikat struktur 12 buah sangkar miliknya bagi mengelak daripada mengalami kerosakan akibat dihanyutkan arus deras.

"Saya sudah melakukan persiapan sejak bulan Ogos dan September lalu, kerana bimbang sangkar saya akan hanyut dan merosakkan kolam milik peserta lain.

"Kejadian banjir bulan Februari, itu saya mengalami kerugian kira-kira RM80,000 apabila ikan di dalam lima kolam yang sudah boleh dipasarkan mati selain dua buah kolam rosak," katanya.

Rakannya, Shamsudin Said, 52, berkata, dia turut mengambil langkah mengikat lapan sangkar miliknya kerana pada kejadian banjir lalu dia mengalami kerugian kira-kira RM65,000.

"Kami peserta sudah melakukan yang terbaik bagi mengurangkan impak kerugian akibat bencana alam namun selebihnya kami bertawakal kepada Allah SWT," katanya.

Menurutnya, setiap kali tibanya musim MTL penternak akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat persiapan bagi mengelak sangkar mengalami kerosakan selain ikan-ikan yang cukup saiz dijual terlebih dulu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diaan-hadapi-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060344 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list