CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Johor] 2 sungai di Johor melepasi paras amaran, 11 lain waspada

[Copy link]
Post time 21-11-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Muar

Kluang: Dua sungai di negeri ini melepasi paras amaran manakala 11 yang lain termasuk dua empangan mencapai tahap waspada pagi ini.

Menerusi laporan di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 9.15 pagi ini paras air Sungai Muar di Buloh Kasap melebihi tahap amaran iaitu 8.75 meter berbanding aras air normal sebanyak 8.53 meter.

Katanya, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat juga melebihi paras amaran iaitu 19.67 meter berbanding normal 19.35 meter.


"Sungai-sungai lain yang mencapai tahap waspada adalah Empangan Sembrong Batu Pahat, Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, ; Empangan Machap, Kluang; Kampung Parit Tengah Muar; Sungai Muar di Panchor.

"Sungai Lenik di Ladang Chaah Segamat, Sungai Kesang di Telok Rimba, Sungai Senduk dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur di Tangkak, Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru dan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing turut mencapai tahap waspada," katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ran-11-lain-waspada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051345 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list