CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Terengganu] 400 anggota ditugaskan pada perlawanan TFC, Selangor FC

[Copy link]
Post time 21-11-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode

FOTO ARKIB NSTP

Kuala Terengganu: Polis menugaskan seramai 400 anggota bagi mengawal keadaan sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara TFC bertemu Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMMZA), Gong Badak, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, kawalan ketat di pintu masuk dan dalam kawasan stadium akan dilakukan bagi memastikan penonton tidak membawa masuk sebarang barangan terlarang.

Katanya, antara barangan yang dilarang adalah mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, tin minuman, laser, mancis dan pemetik api.


"Barangan lain yang dilarang adalah objek dan senjata tajam seperti besi, kayu, pisau, parang, gunting dan sebagainya.

"Payung, tongkat, dron, alat pembesar suara atau alat peniup yang mengeluarkan bunyi bising serta minuman keras juga tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam stadium.

"Pemeriksaan badan dan beg akan dilakukan petugas sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, penyokong kedua-dua pasukan diingatkan tidak melakukan provokasi, perhimpunan, perarakan atau nyanyian dalam bentuk sindiran yang boleh menimbulkan kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

"Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi sepenuhnya garis panduan dan SOP (prosedur operasi standard) terhadap kawalan keselamatan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nan-tfc-selangor-fc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058242 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list