CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 1

[Perlis] Bot menelusuri celahan pokok nipah

[Copy link]
Post time 21-11-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode

AKTIVITI bot pedal tangan menyelusuri laluan di celahan pokok nipah menjadi salah satu tarikan baharu di Restoran Nipah Klasik di Simpang Empat, Arau, Perlis. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN


ARAU: Merasai pengalaman menaiki bot pedal tangan sambil menikmati suasana redup melalui kawasan hutan nipah. Itu antara tarikan baharu yang disediakan kepada pengunjung di Restoran Nipah Klasik, Simpang Empat di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemiliknya, Jamaludin Abd Rahman, 60, berkata, aktiviti bot pedal tangan di celahan pokok nipah itu mula beroperasi sejak awal bulan lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Sejak tarikan baharu ini mula diperkenalkan, ramai orang datang untuk cuba menaiki bot pedal tangan ini kerana suasana di sini yang unik dengan laluan di celahan pokok nipah.

“Jumlah pengunjung yang ingin menaiki bot pedal tangan ini juga boleh mencecah 100 orang pada hujung minggu atau cuti umum. Pengunjung juga hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk menerokai kawasan hutan nipah itu selama 20 minit,” katanya.

Tambah Jamaludin, buat masa ini, pihaknya mempunyai empat buah bot pedal tangan dan jumlahnya akan ditambah dari masa ke semasa.

“Pengunjung juga dapat menikmati makanan di restoran kami yang menyediakan pelbagai juadah antaranya seperti bihun sup, masakan panas, laksa, mi rebus, nasi ayam dan pelbagai lagi,” katanya.

Katanya lagi, Nipah Klasik merupakan lokasi kedai makan yang cukup unik dengan suasana dikelilingi pokok nipah.

Ujarnya, pengunjung yang makan di sini akan menikmati suasana redup ditutupi pokok nipah bersama pemandangan beberapa landskap indah antaranya seperti replika Telaga Bunga Emas.

“Selain itu, mereka turut berpeluang bersiar-siar di celahan pokok nipah dengan berjalan di atas titi dan laluan kecil yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Pulau Pinang, Farhana Mohd Jaafar berkata, dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu membawa ahli keluarga merasai sendiri pengalaman menaiki bot pedal tangan itu di kawasan hutan nipah berkenaan.

Katanya, pengunjung dapat merasai suasana berbeza di samping menerokai keindahan alam semula jadi di kawasan berkenaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... elahan-pokok-nipah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2022 11:38 AM | Show all posts
Uiyo.. tiada buaya kah? ikan besar2 makan baby kah? ular tido je kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060295 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list