CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua remaja sertai konvoi motosikal maut kemalangan

[Copy link]
Post time 21-11-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Port Dickson: Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala Seremban dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua remaja yang maut itu adalah peserta konvoi bermotosikal membabitkan kira-kira 50 motosikal.

"Difahamkan remaja lelaki berusia 19 tahun berasal dari Kajang, dan pemboncengnya seorang wanita berusia 14 tahun berasal dari Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.


Katanya, siasatan awal mendapati sebelum kemalangan berlaku, terdapat kira-kira 50 motosikal mengekori belakang motosikal mangsa.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, remaja lelaki itu gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta yang menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan raya.

"Akibat kemalangan ini, beberapa rakannya yang berada di belakang, cuba mengelak dan berlaga antara mereka sesama sendiri," ujarnya.

Aidi Sham berkata, akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Kemalangan membabitkan lapan buah motosikal konvoi yang gagal dikawal menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut dalam kejadian di Kilometer 14.4 lebuhraya Port Dickson - Seremban arah Port Dickson malam tadi. FOTO Ihsan Polis

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kemalangan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list