CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Johor] Tentera rampas 1,900 karton rokok seludup

[Copy link]
Post time 21-11-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 1,900 karton rokok yang dipercayai diseludup dirampas Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Tentera Darat Malaysia (TDM) di Tanjung Logok, Tenggaroh di sini, awal pagi tadi. FOTO IHSAN 3 DIV

Kota Tinggi: Tidak sempat diambil oleh orang pengantaraan peruncit, sebanyak 1,900 karton rokok yang dipercayai diseludup dirampas Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Tentera Darat Malaysia (TDM) di Tanjung Logok, Tenggaroh di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rokok seludup dianggarkan bernilai RM114,000 itu dirampas dalam Op Benteng yang dilaksanakan di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Dalam kenyataan medianya, 3 Div memaklumkan pasukan ronda bergegas melaksanakan rondaan di kawasan terbabit selepas mendapat maklumat perisikan ada pergerakan yang mencurigakan di kawasan berkenaan.


"Hasil rondaan mendapati oleh pasukan rondaan mengesan satu longgokan kotak berada di pesisir pantai.

"Kita percaya kotak-kotak itu baharu sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu untuk diambil oleh orang perantaraan peruncit," katanya.

Menurutnya, semua 38 kotak berisi 1,900 karton rokok itu dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, laporan Polis sudah dibuat di Balai Polis Tanjung Sedili pada jam 5 pagi, manakala barang rampasan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan akan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan ada saki baki pendatang asing tanpa izin (PATI) atau aktiviti penyeludupan di sekitar kawasan tangkapan.

"TDM menerusi 3 Div juga akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan daratan wilayah selatan Semenanjung Malaysia melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arton-rokok-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.379283 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list