CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 16

[Tempatan] Rani Kulup, Siti Kasim, Cleopatra & Ahmad Idham antara calon hilang deposit termasuk 'nama besar' Tun M, Zuraida

  [Copy link]
Post time 20-11-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Beliau yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang gagal mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua apabila hanya memperoleh sebanyak 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan melibatkan lima penjuru.

Selain Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), antara pemimpin kanan Pejuang turut hilang wang pertaruhan adalah anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Abd Ghani Ahmad manakala Timbalan Pengerusi GTA Datuk Marzuki Yahya gagal merampas kerusi Sungai Petani daripada Pakatan Harapan (PH).

Pilihan raya paling getir ini juga turut menyaksikan beberapa ‘nama besar’ lain kehilangan wang deposit mereka antaranya bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin apabila hanya meraih 4,589 undi dan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (1,939 undi).

Selain nama besar pemimpin dan parti, antara calon selebriti dan aktivis sosial hilang wang pertaruhan adalah pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili GTA dan calon Bebas Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, jumlah calon paling banyak kehilangan wang deposit dalam satu kawasan Parlimen adalah kerusi tumpuan di Parlimen Batu apabila lapan daripada 10 calon bertanding hilang wang pertaruhan.

Mereka adalah calon Bebas Siti Zabedah Kasim, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau juga dikenali Cleopatra, Chua Tian Chang (Tian Chua), Too Cheng Huat; Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang), Naganathan Pillai (Warisan), Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) dan Datuk A. Kohilan Pillay (Barisan Nasional).

PRU kali ini juga menyaksikan calon PH Gobind Singh Deo memperoleh jumlah undi tertinggi 142,875 untuk kerusi Parlimen Damansara mengalahkan dua pencabar yang kesemuanya kehilangan wang pertaruhan.

Sementara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Roy Angau Anak Gingkoi menang dengan majoriti terkecil hanya 100 undi apabila mendapat 6,644 undi dalam pertarungan empat penjuru menyaksikan seorang calon hilang deposit.

Bagaimanapun, 369 calon ini tidak melibatkan dua kerusi iaitu Kota Marudu, Sabah yang tidak dapat diumumkan kerana masalah cuaca manakala Baram, Sarawak disebabkan proses pengundian di 11 pusat mengundi digantung ekoran keadaan cuaca tidak baik.

Sementara itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan sebanyak 129 daripada 441 calon yang bertanding dalam tiga pilihan raya negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak hilang wang deposit.

Bagi membolehkan mereka bertanding, calon perlu mempertaruhkan wang deposit sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis duit simpanan atuk...dah la atok korek tabung nak bertanding
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts

Mujur la tak ramai jenis bingai&jantan gersang yang undi minah parlimen batu tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka aku, ada jgk org bodoh yg undi cleokote
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak simpn 10k, setahun keje pun blm tentu dpt kumpul. Korang2 sng2 sedekah kat spr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka esp yg berangan lebeh nk menang konon mcm siti kasim bagaiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 20-11-2022 02:50 PM
Nak simpn 10k, setahun keje pun blm tentu dpt kumpul. Korang2 sng2 sedekah kat spr

Terbayang gaji ahli parlimen kannnn..kalau menang,5 tahun makan gaji buta..siap pencen lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas hati akak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira berjudi 10,000
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaki parti doula pn kalah teruk dpt 900+ undi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:14 PM | Show all posts
Sapa lah undi cleopatra tu. gigih nau nak masuk berpolitik tapi senduuuuu je
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:20 PM | Show all posts
bagus mereka gabung buat parti baru...Tun jadi ketua
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 01:57 PM | Show all posts
dlm ramai2 tu mcm mane rani kulup tu confident org undi dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 03:28 PM | Show all posts
ape result dorg ari tu ek?? bape rmai yg undi cleo n siti kasim ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 03:43 PM | Show all posts
invest RM10K, in return RM10b (mesti ini yg dimimpikan mereka tu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa suruh pegi bertanding area urban...tgk cam zahid komedi..pegi bertanding area rural...menang ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061923 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list