CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

Laluan Cameroon berliku

[Copy link]
Post time 19-11-2022 02:10 AM | Show all posts |Read mode
Laluan Cameroon berliku


Skuad Cameroon kembali beraksi di Piala Dunia selepas gagal layak diri empat tahun lalu.


CAMEROON kembali ke pentas Piala Dunia selepas gagal melayakkan diri pada edisi 2018 dengan harapan kali ini mampu melepasi saingan peringkat kumpulan buat kali kedua dalam sejarah selepas mara ke suku akhir pada 1990.

Selepas mara ke pusingan 16 terbaik Piala Negara-Negara Afrika 2019, The Indomitable Lion kemudiannya menamatkan aksi di tempat ketiga pada edisi tahun ini.

Cameroon yang kini dibimbing Rigobert Song mengatasi Ivory Coast untuk muncul juara kumpulan pada pusingan kedua kelayakan sekali gus layak ke pusingan akhir playoff.

Pada aksi timbal balik di pusingan playoff, Cameroon berjaya menewaskan Algeria untuk mengesahkan tiket ke Qatar.

Walaupun pemain seperti Samuel Eto'o sudah lama bersara, Cameroon masih boleh mengharapkan sentuhan Vincent Aboubakar dan Eric Maxim Choupo-Moting untuk mengetuai jentera serangan.

Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana turut menjadi sandaran sebagai individu terakhir di benteng pertahanan.

Bagaimanapun, Cameroon tidak berdepan laluan mudah dalam misi mereka melangkah ke pusingan kalah mati apabila perlu melepasi halangan pasukan Brazil, Switzerland dan Serbia.

Walaupun tidak banyak pihak meletakkan harapan tinggi terhadap Cameroon, Eto'o yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon meletakkan sasaran tinggi buat pasukan itu pada kempen Piala Dunia kali ini.

"Afrika sentiasa mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan di Piala Dunia tetapi kami selalu tidak menunjukkan kemampuan sebenar kami sehingga sekarang.

"Selepas beberapa tahun, pasukan Afrika sudah menimba banyak pengalaman dan saya fikir mereka sudah bersedia untuk bukan hanya menyertai Piala Dunia tetapi untuk menjuarainya.

"Cameroon akan memenangi Piala Dunia menentang Maghribi," kata Eto'o. - Agensi

PROFIL CAMEROON

Persatuan: Persekutuan Bola Sepak Cameroon

Konfederasi: CAF

Ketua jurulatih: Rigobert Song

Nama gelaran: The Indomitable Lion

Ranking: 43

Kod FIFA: CMR

Penyertaan Piala Dunia: 8

Pencapaian: Suku akhir (1990)

Jadual perlawanan:

Kumpulan G

24 November

Switzerland mln Cameroon, 6 ptg - Std Al Janaoub

28 November

Cameroon mln Serbia, 6 ptg - Std Al Janoub

3 Disember

Cameroon mln Brazil, 3 pg - Std Lusail

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... an-cameroon-berliku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list