CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Pusaran angin sebesar lautan di depan Miri Sarawak ! RED ALERT banjir dan puting beliung hebat dijangka berlaku UPDATE post #95 m/s 6

  [Copy link]
 Author| Post time 30-11-2022 10:11 PM | Show all posts
kannn aku kata akan berlaku banjir besar...... kan aku kata akan berlaku puting beliung , tiada daya upaya melainkan dgn izin Allah..... it's happening ....it's gonna get worst ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2022 10:13 PM | Show all posts



https://twitter.com/bencanamalay ... 30651324417/photo/1



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 10:14 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 30-11-2022 10:18 PM

Aku rasa storm surge baru sampai hari ni lah kot , selama nih ia melalui perjalanan yg panjang slow and steady je menyusuri sepanjang selat melaka utk masuk ke sungai2 maaa, di tambah dgn hujan lebat lagik memang a recipe for disaster je laaah jawabnyaaa

ia akan datang wave after wave....... bukan sekali harung tapi ibarat tsunami , dari satu gelombang ke satu gelombang, makin lama makin besar dan tinggi jadinyaaa lah...berhari2 ke depan akan jadi lagik banjir after banjir after banjir gitteww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 10:23 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 30-11-2022 10:25 PM

Sekarang nih trend nyaa adalah hujan kejap je akan jadi banjir merata hala kekdahnyaa.... sebab build up jumlah air di laut dan sungai kerana storm surge selama nih menyebabkan dah jadi dalam kaw kaw air kat situ ler, lalu tak mampu menampung air hujan walau sekejap je pungg ler hujan yg turun sekalipungg akan jadi banjir di manyak area .




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ar-pusat-bandar-kl/

30 NOVEMBER 2022, 21:29 PM
Home » [VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL


TERKINI

Antara lokasi air bertakung sekitar Pusat Bandar.


[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

  • Oleh KOSMO!
  • 30 November 2022, 5:25 pm


KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi.
Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) melaporkan, keadaan lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut.
“Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Klang Lama, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sg Besi dan Jalan Tun Razak.
“Seterusnya, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Mahameru dan juga Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2),” kata KLCCC. -KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 30-11-2022 10:11 PM
kannn aku kata akan berlaku banjir besar...... kan aku kata akan berlaku puting beliung , tiada daya ...

Moga x jadilah ...amin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 10:28 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 30-11-2022 10:31 PM

Habih keta2 para penduduk tenggelam weyyy..... nampak camna cepatnya air naik hingga tak sempat nak ubah keta ler haih



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... dua-pps-di-dengkil/


Home » 102 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Dengkil


TERKINI

Seramai 102 mangsa banjir terpaksa berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam.


102 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Dengkil

  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 30 November 2022, 8:37 am


DENGKIL – Seramai 102 mangsa banjir terpaksa berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam.
Dua PPS berkenaan masing-masing di Dewan Taman Gemilang yang menempatkan 62 mangsa daripada 16 keluarga dan Dewan Orang Ramai Dengkil yang melibatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua PPS itu menempatkan mangsa dari Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung.
“Antara mangsa yang ditempatkan di Dewan Taman Gemilang termasuk seorang ibu yang baru bersalin bersama bayinya berusia empat hari.
“Buat masa ini, Dewan Taman Gemilang sudah penuh dan baki mangsa banjir terpaksa dibawa ke Dewan Orang Ramai Dengkil,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian banjir kilat petang semalam beberapa lokasi di sekitar Dengkil dan Kota Warisan dinaiki air menyebabkan puluhan rumah penduduk ditenggelami air selain turut menenggelamkan hampir separuh kereta penduduk.
Kawasan teruk terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Kampung Ampar Tenang.
Pada 18 November lalu, kawasan sama termasuk Kampung Sri Tanjung dan beberapa lokasi lain turut dilanda banjir kilat akibat limpahan air sungai di jajaran Sungai Langat iaitu Sungai Melut dan Sungai Lalang, di sini.
Dalam kejadian sama, lebih 1,000 mangsa banjir dipindahkan di lapan PPS sekitar Dengkil. – KOSMO! ONLINE





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2022 10:29 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 30-11-2022 10:30 PM
noor2 replied at 30-11-2022 10:27 PM
Moga x jadilah ...amin...

dah berlaku ler puting beliung kat johor, lani dok banjir merata hala, ia bukan tak jadi lagik maaa, doa utk perkara yg tak berlaku lagik, dah berlaku camna nak bagi patah balik supaya tak berlaku plak walau doa ribuan kali sekalipung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 10:37 PM | Show all posts
Sejak kelmarin lagik dok berlaku banjir dahh, sampai hari ni lagi manyak area kena



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.freemalaysiatoday.co ... elepas-hujan-lebat/

Banjir di beberapa kawasan Lembah Klang selepas hujan lebatFMT Reporters -

November 29, 2022 5:20 PM





Warganet memuat naik gambar dan video banjir mencecah paras lutut di beberapa kawasan ke media sosial.
PETALING JAYA: Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang selepas hujan lebat selama beberapa jam pada petang ini.
Antara kawasan terjejas termasuk Kota Warisan dan Dengkil di Sepang, Selangor, dengan warganet memuat naik gambar dan video banjir mencecah paras lutut di beberapa kawasan ke media sosial.
Banjir kilat turut dilaporkan di beberapa presint di Putrajaya, dengan beberapa jalan dinaiki air berlumpur.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan 18 rumah di Meru, Klang dinaiki air akibat longkang tersumbat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke Taman Meru Jaya, Jalan Kassim di Meru kira-kira 1.45 tengah hari tadi. Paras air semakin surut ketika itu.
Katanya, tiada pemindahan dilakukan.
Sementara itu, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera membersihkan longkang tersumbat yang menyebabkan banjir di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.
Jabatan Meteorologi pada 2.45 petang tadi berkata, hujan lebat diramalkan di Lembah Klang, dengan cuara buruk berlarutan sehingga 6 petang ini.

Warganet @tuanpengurus di Kampung Cemperai, Dengkil memuat naik gambar rumahnya dinaiki air.
Ketika menjawab tweet Ahli Parlimen Sepang yang baharu, Aiman Athirah Sabu, pengguna Twitter itu berkata, ini kali ke-14 rumahnya dinaiki air dan keluarganya tiada masa mengemas selepas banjir minggu lalu.
Aiman berkata, pihak berkuasa sudah dimaklumkan selepas beliau diberitahu beberapa kawasan di Desa Timah Langat dan Kampung Amirudin turut terjejas.
“Saya baru selesai mesyuarat di Kuala Lumpur dan dalam perjalanan ke sana. Warga Sepang boleh maklumkan kawasan mana lagi yang dinaiki air. Mohon semua ambil langkah berhati-hati.”


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2022 10:42 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 30-11-2022 10:43 PM

Keadaan terkini sungai2 di selangor menunjukkan peningkatan mendadak manyak sungai hingga tahap bahaya walau hujan yg turun tuu bukannya lebat pungg, itu tunjukkan air sungai2 dah siap2 dalam maaa dek kerana storm surge selama nih dok menambah kuantiti air secara slow and steady ler tuh


https://publicinfobanjir.water.gov.my/?lang=en




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 30-11-2022 10:29 PM
dah berlaku ler puting beliung kat johor, lani dok banjir merata hala, ia bukan tak jadi lagik maaa ...

Tu la....kuat gila ribut sampai tercabut bumbung kedai kereta mewah terpakai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 11:03 PM | Show all posts
noor2 replied at 30-11-2022 10:45 PM
Tu la....kuat gila ribut sampai tercabut bumbung kedai kereta mewah terpakai..





(25400) KEJADIAN R!BUT DAHSYAT DI JOHOR BAHRU - 30/11/2022 - YouTube


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 11:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2022 11:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:22 PM | Show all posts
terbaik TT sentiasa update..walaupun ada forumer dok sindir..tapi TT tetap update
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 30-11-2022 10:42 PM
Keadaan terkini sungai2 di selangor menunjukkan peningkatan mendadak manyak sungai hingga tahap baha ...

Tapi bukan ke matahari panas terik akan sejat air sungai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.364964 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list