CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki Orang Asli didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri

[Copy link]
Post time 17-11-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh (tengah) dibawa oleh anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini. - FOTO/ AIMUNI TUAN LAH



GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli suku kaum Temiar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan merogol tiga anak tirinya di rumah mereka selama tujuh tahun bermula 2015 sehingga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 56 tahun dari Pos Hendrop di sini terpinga-pinga dan tidak faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Bagaimanapun, prosiding dan pertuduhan kes tersebut tetap dijalankan oleh pihak mahkamah.

Mengikut dua pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram dengan seorang kanak-kanak pada 2015 yang merupakan anak tiri sulungnya berusia 12 tahun ketika kejadian.

Bagi lapan pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan sama terhadap anak tiri keduanya yang ketika itu berusia 11 tahun pada tahun sama.

Tertuduh turut didakwa atas enam lagi pertuduhan merogol anak tiri ketiganya yang ketika kejadian berusia lapan tahun pada 2016.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kuala Betis di sini pada 2015 hingga 2021.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dilihat terpinga-pinga dan menyatakan bahawa dia tidak faham pertuduhan yang dibacakan.

Hakim kemudian menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapat dan menggunakan khidmat jurubahasa Orang Asli suku kaum Temiar untuk membaca pertuduhan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... gol-tiga-anak-tiri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078511 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list