CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Kelantan] Tumbuh bak cendawan!

[Copy link]
Post time 17-11-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Kafe hipster bagaikan cendawan tumbuh di Kelantan dengan mengetengahkan pelbagai konsep dalam usaha menarik pengunjung.

Terdapat pelbagai kafe hipster seiring dengan peredaran zaman antaranya Kopi Naskeen, KB Brewster, Kopi Mesin, Coffee Brew, Kopibeng, The Layers dan banyak lagi.

Kewujudan kafe hipster itu menjadi cabang peluang keusahawanan baru terutama kepada golongan muda di negeri berkenaan.


Jika belasan tahun lalu kedai makan dan warung menjadi tumpuan untuk minum dan lepak namun kini budaya itu sudah bertukar kepada kafe hipster memandangkan ia lebih selesa, dilengkapi penghawa dingin, suasana yang tenang serta kemudahan Internet.

Pada masa sama, pelbagai aneka minuman dan makanan serta hiasan kedai yang ditonjolkan menyebabkan kedai kopi hipster ini sentiasa dikunjungi orang ramai dan menjadi tumpuan.

Ada anak Kelantan yang mampu membuka cawangan sehingga puluhan kedai termasuk di luar Kelantan susulan sambutan yang menggalakkan dan situasi itu membuktikan anak Kelantan kreatif dalam merancang ekonomi.

Tiga sahabat mengakui kuasa beli yang tinggi dalam kalangan penduduk Kelantan mendorong Dr Yuhanis Ibrahim, Dr Nik Shahman Nik Ahmad Ariff dan Dr Hanisa Hassan membuka cafe Kopi Mesin.

Yuhanis berkata, mereka sepakat membuka Kopi Mesin pada 2016 selepas melihat pertumbuhan kedai kopi francais dari luar negara.

"Saya melihat masyarakat Kelantan suka menikmati kopi, jadi saya dan rakan sepakat membuka kedai Kopi Mesin pertama di Kubang Kerian.

"Alhamdulillah, percubaan kami membuka kedai kopi artisan berkenaan mendapat sambutan kerana kuasa beli rakyat Kelantan sangat tinggi.

"Kini kami mempunyai 32 cawangan kedai Kopi Mesin di mana sembilan cawangan di Kelantan dan selebihnya di luar negeri ini termasuk Lembah Klang, Terengganu, Pahang dan Melaka.

"Kami berani membuka kedai kopi di Kelantan kerana ramai masyarakat negeri ini yang berniaga sendiri dan mereka menjadikan kedai kopi ini sebagai satu lokasi untuk berjumpa dan berbincang mengenai perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengurus Nasken Coffee Mohd Baihaqi Mohd Zulkepli berkata, kafe berkenaan dibuka pada penghujung 2019 dan kini terdapat 21 cawangan di beberapa negeri termasuk 15 cawangan di Kelantan.

Menurutnya, Nasken Coffee diasaskan oleh dua sahabat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nazif Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi, Mohd Hairi Isa.

"Nasken Coffee dibuka berikutan pihaknya mahu memberi kelainan dalam hidangan kopi dan sesuatu yang baharu kepada penduduk Kelantan.

"Alhamdulillah, Nasken Coffee dapat diterima oleh orang ramai dan kini terdapat 15 cawangan di Kelantan sahaja.

"Dengan pembukaan banyak cawangan ini, ia menandakan bahawa masyarakat negeri ini dapat menerima kedai kopi sebegini dan menunjukkan kuasa beli penduduk juga tinggi," katanya.

Beliau berkata, inisiatif membuka kafe berkenaan juga bagi menyambut seruan kerajaan negeri supaya anak muda berniaga dan berdikari.


Kafe hipster bagaikan cendawan tumbuh di Kelantan dengan mengetengahkan pelbagai konsep dalam usaha menarik pengunjung. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-cendawan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.381916 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list