CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 1

Bagaimana Adegan Sharon Stone Tukar Silang Kaki Dalam 'Basic Instinct' Difilemkan?

  [Copy link]
Post time 16-11-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Adegan Sharon Stone Tukar Silang Kaki Dalam 'Basic Instinct' Difilemkan?

Babak soal siasat dalam filem Basic Instinct mungkin antara babak paling diingati daripada filem tersebut. Dalam babak tersebut, Sharon Stone sedang disiasat oleh polis termasuklah watak lakonan Michael Douglas dengan kakinya disilangkan. Di satu saat, Sharon Stone menukar silangan kakinya dan mendedahkan bahagian dimana dia tidak mengenakan seluar dalam.


Banyak penonton akan cuba untuk mengulang dan berhenti di adegan berkenaan untuk melihat sama ada mereka dapat melihat sesuatu yang diluar imaginasi, yang kebetulan terakam bersama. Namun, bagaimanakah babak erotik ini difilemkan?

Menurut pengarah Paul Verhoeven dalam majalah Empire pada tahun 2016, babak tersebut dirakam dalam dua babak. Babak dimana Sharon Stone menyilang kakinya dan menukar silangan tersebut dilakonkan tanpa ada pelakon lain di dalam bilik soal siasat tersebut. Dan segala reaksi terhadap tingkah laku Sharon Stone dilakonkan selepas itu secara berasingan.

Babak Sharon Stone tersebut dilakonkan dengan jumlah kru yang minima sahaja. Paul Verhoeven menyatakan bahawa mereka melakukan dua tiga kali rakaman untuk babak itu dari pelbagai sudut sebelum bergerak kepada rakaman seterusnya.

Perkara ini ialah perkara biasa yang dilakukan untuk rakaman babak-babak erotik sesebuah filem. Gabungan di saat filem siap diedit akan memberikan rasa yang berbeza daripada saat filem tersebut dirakam. Dan semestinya ianya babak yang tidak akan dilupakan jika kita berbincang tentang filem Basic Instinct.

Babak tersebut sebenarnya tidak ada dalam skrip asal filem Basic Instinct. Malah, adegan itu dilakonkan selepas dia terinspirasi ketika dia teringatkan satu insiden sekitar 1960an ketika dia menghadiri satu pesta di Netherlands. Ketika pesta itu, dia bertemu dengan seorang perempuan yang tidak mengenakan pakaian dalam dan daripada situ, dia mahu mengadaptasikannya ke dalam filem tersebut.

Sumber:https://www.sukafilem.net/2018/0 ... DN7lRo3cghGgtR1ZoCk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 04:43 PM | Show all posts
gigih la kononnya pause time scene ni hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.117590 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list