CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 1

Ronaldo, Fernandes hanya buat 'lawak'

[Copy link]
Post time 16-11-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Gelagat Ronaldo dan Fernandes bersalam jadi viral menjelang Piala Dunia.

LONDON: Gelagat Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes bersalam dengan cara janggal dan dingin adalah disebabkan jenaka antara rakan sepasukan Portugal dan Manchester United itu, kata pemain tengah Portugal, Joao Mario semalam.

Interaksi yang agak janggal antara pasangan itu dirakam kamera dan menjadi viral di media sosial seterusnya mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan antara mereka selepas temubual kontroversi Ronaldo bersama TalkTV dengan dia mengatakan "dikhianati" oleh United.

Video berkenaan menunjukkan Fernandes menyentuh tangan Ronaldo ketika dia melepasi pemain itu dalam bilik persalinan sebelum Ronaldo menghulurkan tangan, namun kedua-dua mereka hanya berbual seketika.


"Saya berada di sana dan melihat semuanya, ia hanya saat kelakar yang disalah tafsir oleh mereka di luar," kata Joao Mario dalam sidang akhbar di Lisbon semalam.

"Ia adalah jenaka antara mereka berdua kerana Bruno (Fernandes) datang lambat, seorang daripada pemain yang tiba paling lewat, dan Cristiano (Ronaldo) bertanya jika dia datang dengan bot.

"Saya faham bahawa imej itu boleh ditafsirkan dalam banyak cara, tapi ia adalah jenaka antara mereka. Mereka ada hubungan yang hebat kerana mereka bermain bersama, saya melihat mereka sepanjang hari semalam. Tiada masalah antara mereka."

Joao Mario tidak percaya temubual Ronaldo akan mendatangkan masalah dalam bilik persalinan dan tempoh dia berada bersama pasukan kebangsaan adalah ruang yang selamat buatnya.

"Tidak perlu ditambah tekanan," kata Joao Mario. "Kami semua perlu menangani tekanan yang hebat kerana kami bermain di kelab besar.

"Berada di Piala Dunia menjadi impian ramai pemain dan hanya akan membawa lebih banyak tanggungjawab. Saya tidak percaya bahawa temubual itu menambah tekanan buatnya dan sesiapa sahaja," tambahnya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... es-hanya-buat-lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 03:35 PM | Show all posts
boleh join MLM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046845 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list