CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Perlis] Pembekal buluh 'tumpang' rezeki sempena PRU-15

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode

GHAZALI menebang buluh bagi memenuhi permintaan sekaligus memperolehi pendapatan tambahan kira-kira RM5,000 sempena PRU-15. FOTO BERNAMA

Padang Besar: Penggunaan buluh begitu sinonim apabila tiba musim perayaan, namun pada tahun ini pembekal buluh di seluruh negara mendapat manfaat dan rezeki susulan permintaan tinggi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Buluh sering diguna pada pilihan raya sebagai tiang bendera bagi mengibarkan bendera bendera gabungan parti politik yang bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PN) dan beberapa parti lain.

Penjual buluh, Ghazali Hassan, 60, yang membekal dan memborong pelbagai batang buluh di kawasan Padang Besar sejak lima tahun lalu berkata sejak bahang PRU semakin terasa, beliau banyak menerima tempahan bukan sahaja dari penduduk setempat malah di sekitar lokasi berkenaan.

"Sempena PRU15 memang banyak permintaan diterima di sekitar Padang Besar malah di beberapa lokasi lain di Perlis ini. Banyak parti politik yang menempah tidak kira apa parti sekalipun.


"Ratusan batang buluh berjaya dijual hinggakan bekalan milik saya habis dan terpaksa minta bantuan daripada rakan-rakan lain yang memiliki pokok buluh untuk menyiapkan tempahan pelanggan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang juga seorang pesawah ternyata bersyukur kerana bukan hanya dia yang menerima tempias rezeki PRU, malah rakan-rakannya turut berkongsi rezeki sampingan.

"Penjualan batang buluh selalunya hanya dijadikan pendapatan sampingan kerana ia bermusim terutama pada hari raya, kenduri dan beberapa acara lain, namun dengan tibanya PRU, ia sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan penduduk kampung di sekitar ini.

Menjelas lanjut beliau berkata batang buluh dipilih berdasarkan ketebalan, ketahanan malahan harga juga berbeza mengikut jenis kerana harga yang dijual adalah antara RM2.00 hingga RM5.00 untuk sebatang pokok buluh.

"Bermula hari berkempen kira-kira RM5,000 kutipan berjaya dikumpul dan dibahagi kepada beberapa penduduk kampung yang menolong saya membekalkan batang buluh ini. Mereka pula akan memperoleh pendapatan tambahan mengikut jumlah bekalan yang diberikan," katanya.

Ghazali berkata pokok buluh jenis Buluh Madu dan Buluh Rusa sering digunakan sewaktu PRU ini kerana bentuknya yang menegak dan tidak membengkok sesuai dipasang bendera dan kain rentang calon.

"Panjang batang buluh pula berbeza mengikut saiz bendera yang akan dipasang kerana ada pembeli yang menempah 4.6 meter, 3.4 meter dan beberapa saiz lain" katanya menambah buluh sering digunakan sewaktu berkempen dalam pilihan raya kerana ia mudah dilupus dan musnah secara semula jadi berbanding paip PVC yang tidak mesra alam sekitar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... zeki-sempena-pru-15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.212745 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list