CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 0

PRU-15: Undi awal bermula 8 pagi

[Copy link]
Post time 15-11-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Undi awal bermula 8 pagi

BERNAMA



ANGGOTA tentera darat Malaysia (ATM) Kem Lok Kawi berbaris menunggu giliran untuk mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi. FOTO BERNAMA



Kuala Lumpur: Sebanyak 578 pusat pengundian awal di seluruh negara membabitkan 970 saluran akan mula dibuka pada 8 pagi ini bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bugaya, Sabah.

Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini, seramai 224,828 anggota keselamatan termasuk pasangan akan melaksanakan undi awal iaitu 117,473 anggota tentera serta pasangan, manakala 107,355 lagi adalah anggota polis dan pasangan.

Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan kem tentera.

DPPR yang digunakan bagi PRU-15 mengandungi 21.2 juta pengundi dengan 20.91 juta adalah pengundi biasa.

PRU-15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dun di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi.


Disiarkan pada: November 15, 2022 @ 8:16am





sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046093 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list