Adik tiri Anita Sarawak memaklumkan penghibur lagenda itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Malah dia masih bahagia bersama suaminya Mahathir sekaligus menepis dakwaan pasangan tersebut dah bercerai walaupun sepi dan hilang dari radar media sejak 12 tahun lepas.
Malah Noorkumalasari memaklumkan mereka juga tidak mengalami masalah kesihatan.
 Foto: Google
“Dia (Anita) tidak hubungi saya sebab tahu saya rapat dengan media. Dia pernah hubungi kakak sulung dan hanya kirim salam pada ahli keluarga lain."
“Sedangkan sebelum ini, dia akan menghubungi kami semasa hari raya dan semua ahli keluarga dapat bercakap dengannya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Noorkumalasari kata kali terakhir dia dapat menghubungi Anita sebelum penyanyi itu berangkat ke AS sekitar 10 tahun lalu.
 Noorkumalasari, Foto: Kosmo
Buat masa sekarang, tiada ahli keluarga yang berusaha ingin mencari atau bertemu dengan Anita kerana tidak mahu pulang dengan perasaan hampa dan kecewa.
 Foto: Google
“Sebabnya, pernah berlaku pada seorang individu yang berusaha datang dari Kuala Lumpur dan mencari Anita di sana (AS). Namun akhirnya tidak dapat berjumpa langsung.
“Sepatutnya Anita bersimpati sebab individu tersebut sudah berusaha datang mencari dia, kenapa sampai begitu sekali layanannya."
 Foto: Google
Difahamkan Anita dan suami sibuk menguruskan perniagaan serta mahu menjalani kehidupan biasa. –CARI |