CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Johor] Lelaki mabuk serang penceramah di surau

[Copy link]
Post time 14-11-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode

DUA pisau dan satu botol arak yang dipercayai digunakan seorang lelaki mabuk ketika menyerang seorang penceramah agama di sini, semalam. FOTO ihsan POLIS

Johor Bahru: Polis menahan seorang lelaki mabuk selepas disyaki menyerang penceramah agama di sebuah surau dekat Taman Universiti, Skudai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.55 malam.

Menurutnya, suspek berusia 38 tahun itu dikatakan meluru masuk ke dalam surau dan menyerang penceramah agama itu menggunakan dua pisau dan satu botol arak.


"Suspek didapati berada dalam pengaruh alkohol dan tindakannya itu dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi polis.

"Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di surau berkenaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya ditahan dan dua pisau serta botol arak yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dirampas.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek seorang penganggur dan merupakan orang dikehendaki berkait kes dadah di kontinjen lain.

"Saringan awal air kencing suspek mendapati dia negatif dadah dan mahkamah juga sudah membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap suspek," katanya.

Fariz Ammar berkata, siasatan awal polis juga mendapati mangsa tidak mengenali suspek serta lelaki itu juga tiada motif lain dan hanya menyerang kerana berada dalam pengaruh alkohol yang berlebihan serta hilang kawalan diri.

Katanya, polis sudah merakam keterangan saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penceramah-di-surau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053907 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list