CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2793|Reply: 3

Baru nak Menapak, Kalau sudi Baca, silalah (sengih)

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2010 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Menulis ni dah jadi macam sebati dengan jasad. Asal ada pen dan kertas je (even resit transaksi kat cimb tu pun jadi), ada je benda nak ditulis. Kadang, kalau ilham tu ada jadi jugaklah at least serangkap sajak ke apa. Kadang-kadang, lebih kepada luahan hati sendiri. Teknik penceritaan je tukas sikit. Kalau tak nanti, nampak macam personal diary pulak. Dari zaman sekolah dah suka sangat degan watak idzhan dan wilda ni. Kenapa suka? Sebab idzhan dan wilda ni watak yang dicipta berdasarkan angan-angan, makhluk-makhluk manusia yang dikagumi karakternya dan disatukan jadi watak yang sempurna tapi tetap juga dimasukkan kelemahan-kelemahan tertentu, dah namanya pun manusia kan. Siapa sudi membaca, silalah. =)


http://ainalia2.blogspot.com


dan...


Sedikit sedutan ....




‘I sanggup mati untuk you’ ayat itu tidak tergamak untuk diperdengarkan kepadasang teruna. ‘...sebab I tak sanggup nak tengok you hidup tanpa I’. Bukan!Jawapan tu zaman Laila Majnun bolehlah. Untuk zaman yang ceritanyanya dah bolehmencecah cinta octagon sekarang ni, jawapan yang lebih sesuai mungkin adalah...‘...sebab I tak sanggup tengok you dengan orang lain kalau I tak ada’.Maklumah, banyak sangat seginya.

“You okey tak? You ada masalah? Dalam lecture hall tadi, I tengok you termenung takingat. Mati-matilah I ingat you hafal formula struktur
triptofan. Rupanya, mana asid amino penting,mana asid amino tak penting pun you tergagau-gagau lagi nak jawab” Masa itu,prihatinnya tak dapat nak dikata. Ada masalah atau tidak, senang je nak scan.Sedih atau happy, lagi senang nak trace.

Sebab?

“Sebab...Mungkin Tuhan itu dah ada janji untuk kita.
Naluri I kat you kuat. Apa yang you rasa, itulah yang I rasa” YaTuhan... manisnya bahasa. Hebatnya macam pendita. Siap boleh tahu lagi Tuhan dahjanji apa. Tapi...

“Entahlah,mungkin I pun rasa yang sama. Mungkin we’re meant to be together... I hope” Manissungguh bahasa masing-masing. Fitrah manusia berkasih sayang agaknya. Tak payahsusah payah belajar bahasa-bahasa warkah biru berlagu macam tu. Semuanya terkeluar secara semula jadi.

Bukannya macam
nak buat karangan PMR SPM dulu.Nak buat ayat pun dah makan masa berminit-minit. Paling susah nak cariperbendaharaan kata semata-mata nak tunjuk pada cikgu yang dia ada ilmu yangluas selain dari apa yang dipelajari dalam kelas. Kalau tak, cikgu akan cakap,‘Awak ni tak baca surat khabar di rumah ke?’. Kalau ditakdirkan buat rumusan lagilah payahnya. Bilangan patah perkataan yang terhad tapi isinya padat dan mantap. Dari ayat yang tersusun panjang dalam kepala, nak diterjemahkan kepada7 perkataan dalam satu ayat memanglah tergaru kepala. Walau bagaimanapun, bagaimanapun kepada namun... itu pun tak terfikir kadang-kadang.

Tapi kalau dalam subjek hati dan perasaan ini...

I love you dah cukup untuk merangkumi...

‘Sayacinta kat awak sampai mati’

‘Selama mana laut tak kering, selagi itulah cinta saya bertakung untuk awak’

‘Semasin air laut, setepu itulah rasa cinta saya untuk awak’

‘Saya tak mampu nak hidup tanpa awak’

Atau...‘Will you be mine forever?’

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 04:27 PM | Show all posts
aina...akak dah tersengih ni.. yang paling lebar pulak tuh... sambung jek la kat sini... ramai yang nak baca cite aina nih... sambung ekkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 09:42 PM | Show all posts
Reply 2# asyriqa


    insyaallah. saya akan update seminggu sekali. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 10:47 PM | Show all posts
Reply 1# ainalia


    tujuan letak link blog?

kalau boleh tulis panjang lagi. me tak nk yu just nk suh org baca your blog or promote here and tulis sikit je. me dh ada kasik peringatan ye dkt entry khas dkt atas tu. ai harap yu tak terlepas pandang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36454 Replies : 51
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 4583 Replies : 8
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 56948 Replies : 83
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7509 Replies : 75
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92700 Replies : 1045
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31786 Replies : 218
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 75006 Replies : 396
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32221 Replies : 173

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.332970 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list