CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

Trofi, pasukan mula tiba di Qatar

[Copy link]
Post time 14-11-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Bekas pemain bola sepak Perancis, Marcel Desailly bersama Trofi Piala Dunia ketika ia dipamerkan sekembalinya daripada jelajah dekat Doha. - AFP

DOHA: Seminggu sebelum sepak mula, trofi Piala Dunia kembali ke Qatar semalam, pasukan dan peminat mula tiba dan kawalan keselamatan ditingkatkan di seluruh Doha menjelang salah satu kejohanan bola sepak paling kontroversi pernah dianjurkan.

Trofi yang akan disampaikan pada 18 Disember itu kembali daripada jelajah ke 51 negara tepat pada masanya bagi perlawanan pembukaan Ahad depan antara tuan rumah Qatar dan Ecuador.

Bagaimanapun rayuan FIFA untuk "fokus kepada bola sepak" tidak diendahkan masyarakat antarabangsa susulan dakwaan layanan Qatar terhadap pekerja asing, wanita dan komuniti LGBT.

Qatar menepis kebanyakan tohmahan itu dan media tempatan semalam menyelar "keangkuhan" beberapa negara Barat.


"Nampaknya macam benar apa yang kita baca dalam beberapa minggu kebelakangan ini," kata Ringo Gonzalez, warga Ecuador yang menetap di Jerman, antara peminat yang berkumpul menanti sepak mula Piala Dunia di pantai Doha semalam.

Pasukan Amerika Syarikat sudah tiba di Doha dan Australia turut menyertai mereka semalam.

Namun kebanyakan pemain bintang, termasuk Lionel Messi dan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain masih terbabit dengan liga bola sepak Eropah semalam sebelum menuju ke Piala Dunia.

Qatar menjangkakan lebih sejuta peminat akan berkunjung ke negara paling kecil menjadi hos Piala Dunia dan ramai daripada mereka sudah tiba.

Ketua eksekutif Qatar Airways, Akbar Al-Baker berkata semua penerbangan penuh bagi Piala Dunia.

"Penerbangan kami penuh sepanjang November dan Disember," kata Akbar pada majlis penamaan MSC Europa, satu daripada tiga kapal persiaran yang akan menjadi penginapan 10,000 peminat sepanjang Piala Dunia.

Selaras dengan budaya Islam Qatar yang menyekat alkohol dan mengharamkan perjudian, sebotol air mawar disimbah di badan kapal dan bukannya tradisi champagne bagi perasmian.

Kasino kapal itu akan ditutup semasa berada di pelabuhan.

MSC menyatakan ketiga-tiga kapal itu ditempah sepenuhnya bagi dua minggu pertama kejohanan selama 29 hari itu.

Sementara itu, penghadang keselamatan semakin banyak dipasang di jalan-jalan utama dan di sekitar stesen metro serta stadium ketika pasukan keselamatan bersiap sedia bagi menghadapi kebanjiran peminat bola sepak.

Penganjur berkata 2.9 juta daripada 3.1 juta tiket sudah dijual dan ramai peminat yang berharap menunggu di luar pusat tiket FIFA dengan harapan untuk mendapatkan pas terhad bagi perlawanan utama. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -mula-tiba-di-qatar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.419932 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list