Sebut je abang pelakon Ummi Nazeera, pasti ramai dah sedia maklum Dato Nazreem Musa memang seorang yang kacak dan juga cantik bila menggayakan pakaian wanita.
Seperti Fazura dan juga beberapa selebriti lain, Nazreem juga tampil hit in pink di acara Most Glam 2022 mengayakan busana labuh dari pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Kredit foto : IG Nazreem Musa
Kredit foto : IG Nazreem Musa
Di ruangan komen TikTok Rizman Ruzaini, rata-rata netizen memuji Nazreem yang kelihatan cantik mengenakan busana labuh serba merah jambu itu dan juga dengan solekan bagaikan puteri menyerlahkan lagi kecantikannya hingga langsung tidak menampakkan dirinya seorang lelaki.
Tak kurang juga berseloroh dan yang memberi teguran.
Pendek kata, ramai wanita yang makan hati dan merasa "insecure" apabila melihat abang Ummi Nazeera ini menggayakan pakaian wanita. Tapi kalau dia pakai pakaian lelaki memang kacak habislah silap-silap boleh "pecah ovari" melihatnya, betul tak? - CARI
|