Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy tidak malu mengaku dia dan suami masih belum mempunyai kereta dan hanya bawa motosikal untuk ke mana-mana.
Dalam satu perkongsian di laman Tiktok, Lizzy, 29, memuat naik rakaman video mengusik suaminya yang terpaksa bawa pulang permainan video, PS5 yang baru dibeli mereka dengan menaiki motosikal.
"Bila excited dapat beli PS5 tapi kena naik motor. (kami berdua memang tak ada kereta sendiri hahahaha)"
Menurutnya lagi, ketika hendak pulang ke rumah dari membeli-belah tiba-tiba hujan.
"Sanggup weh.. otw balik hujan lebat pulak tu hahahah" katanya.
Perkongsian penyanyi lagu Payung itu mendapat pujian ramai kerana mereka berdua sangat "sempoi" malah turut ada netizen yang mengimbau kenangan masing-masing semasa baru mendirikan rumah tangga kerana pernah mengalami situasi sama seperti Elizabeth Tan dan suami.
Menjawab salah satu soalan peminat di ruangan komen, Lizzy memberitahu mereka merancang untuk membeli kereta pada hujung tahun ini.
Sekadar rekod, Lizzy mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Siew Jim yang merupakan seorang doktor sekitar Mac 2021.
Steadylah Lizzy dan suami, sebenarnya tinggal di bandar pakai motosikal lebih jimat dan cepat nak kemana-mana. Apa pula pendapat korang, suka naik motor ke kereta? - CARI
|