CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 0

Makanan Diproses Tingkatkan Risiko Mati Awal – Kajian

  [Copy link]
Post time 13-11-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode


Makanan Diproses Tingkatkan Risiko Mati Awal – Kajian

Satu kajian terbaru mendapati seseorang yang mengambil terlalu banyak makanan yang diproses seperti sosej, kerepek, soda dan aiskrim berkemungkinan akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine menganggarkan bahawa pada tahun 2019, kira-kira 57,000 orang di Brazil yang berumur antara 30 dan 69 tahun mati disebabkan pengambilan makanan ultra-proses.

Jumlah tersebut adalah melebihi 10% daripada kematian pramatang tahunan yang berlaku di negara itu dalam kalangan kumpulan umur tersebut.

Sekumpulan pengkaji yang terlibat mengatakan ia merupakan kajian yang pertama dan terawal yang menganggarkan kesan pengambilan makanan ultra-proses terhadap risiko kematian awal.

Tambahan pula, ia menggunakan pengiraan daripada analisis terdahulu, yang membandingkan risiko kematian orang yang makan makanan proses dengan jumlah yang banyak dan sedikit.

Berdasarkan kajian itu, mereka menganggarkan jumlah kematian pramatang yang mungkin dapat dicegah sekiranya kumpulan umur antara 30 dan 69 tahun ini kurang mengambil jenis makanan itu.

Menurut penyelidik pemakanan di Universiti São Paulo, Eduardo Nilson, kemungkinan besar penyakit jantung merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kematian pramatang tersebut.

Namun, tidak dinafikan penyakit seperti diabetes, kanser, obesiti dan penyakit buah pinggang kronik juga mungkin menjadi penyumbang kepada berlakunya kematian.

Makanan ultra-proses ini mengandungi lebih banyak bahan tiruan berbanding makanan biasa yang hanya ditambah garam, gula atau minyak.

Di Brazil, makanan ultra-proses merupakan penyumbang terbesar kepada pengambilan kalori harian seperti roti, kek, pai, marjerin dan beberapa produk daging seperti sosej, burger serta pizza.

Berikutan itu, Nilson dan rakan penyelidiknya menganggarkan jika semua orang dewasa di Brazil memastikan bahawa makanan ultra-proses diambil kurang daripada 23% dalam kalori harian mereka, negara itu mungkin mengalami sekitar 20,000 kematian pramatang yang sedikit setiap tahun.

Manakala di AS, makanan ultra-proses secara purata diambil kira-kira 57% dalam kalori harian.

Oleh itu, Nilson percaya bahawa negara itu boleh menjangkakan lebih banyak kematian pramatang yang boleh dikaitkan dengan jenis makanan tersebut.

Walau bagaimanapun, penolong profesor pemakanan di Universiti Boston, Maura Walker, mengatakan bahawa kajian tersebut tidak menunjukkan bahawa pengambilan makanan ultra-proses boleh menyebabkan kematian pramatang secara langsung.

“Makanan ultra-proses ini mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang membawa kepada penyakit seperti hipertensi dan dislipidemia yang boleh dikaitkan dengan kematian, ” katanya.

Oleh itu, dia mencadangkan orang ramai supaya menukar makanan ultra-proses kepada pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran segar.

Sumber: NBC News

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057379 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list