CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

Russell ungguli acara pecut GP Brazil

[Copy link]
Post time 13-11-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Mercedes, George Russell (tengah) memenangi acara pecut Grand Prix Brazil dengan pemandu Ferrari, Carlos Sainz Jr (kiri) di tempat kedua dan Lewis Hamilton, ketiga. - Foto AFP

SAO PAULO: George Russel memenangi acara pecutan Grand Prix Brazil untuk kemenangan pertamanya dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Pemandu 24 tahun dari Britain itu memintas juara dunia dua kali Max Verstappen dari Red Bull di pusingan ke-15 untuk
mendahului perlumbaan.

Dia kekal di hadapan dan melintasi garisan penamat empat saat di depan Carlos Sainz dari Ferrari dan rakan sepasukan,
Lewis Hamilton.

Verstappen, satu-satunya pelumba yang menggunakan tayar medium, di tempat keempat dan rakan sepasukan Red Bull,
Sergio Perez, kelima.

Dengan Sainz dikenakan penalti lima petak kerana menggunakan enjin baharu, Mercedes akan memulakan
perlumbaan hari ini di barisan depan sekiranya Hamilton tidak dikenakan penalti kerana melanggar peraturan ketika
memulakan perlumbaan.

"Ia amat menakjubkan. Saya tidak menjangkakan kelajuan sebegitu, tetapi saya rasa ia hasil kerja keras semua orang
sepanjang beberapa perlumbaan lalu.

"Jentera begitu hebat sekali. Sukar untuk membayangkan kami akan bermula dari barisan depan. Lewis begitu hebat
walaupun bermula dari petak kelapan," kata Russell.

Ia adalah kemenangan pertama Mercedes tahun ini, walaupun dalam acara pecutan, dan ia memberikan peluang untuk
kemenangan pertama Grand Prix musim ini. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ara-pecut-gp-brazil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058161 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list