CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

TFC singkir juara bertahan

[Copy link]
Post time 13-11-2022 12:43 AM | Show all posts |Read mode
TFC singkir juara bertahan



KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan juara bertahan, KL City FC 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam ini.

Kejayaan itu membolehkan Gergasi Pantai Timur menang dengan agregat 4-1 dan bakal membuat perhitungan dengan Selangor FC di peringkat separuh akhir.

Berbekalkan sokongan hampir 26,000 peminat setia, skuad kendalian Nafuzi Zain terlebih dahulu mengancam kubu skuad The City Boys pada minit kesembilan menerusi penyerang sensasinya Kpah Sherman, namun percubaan pemain kelahiran Liberia itu sedikit sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat.

Usaha berterusan skuad Penyu akhirnya membuahkan hasil apabila Manuel Ott yang tidak dikawal merembat kencang dari dalam kotak penalti pada minit ke-21 untuk pasukannya mendahului 1-0.


Tersentak jaringan itu, skuad kendalian Bojan Hodak memperkemaskan asakan dan pada minit ke-27 mereka hampir menyamakan kedudukan menerusi hantaran Stephen Lambert yang terkena kaki pemain tuan rumah, Pape Diakite tetapi pertahanan kiri, Muhammad Alif Zakaria pantas mengeluarkan bola atas garisan gol ketika penjaga gol, Rahadiazli Rahalim sudah tertewas.


Pemain Negeri Sembilan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (tiga dari kiri) merembat bola ke gawang gol Selangor FC pada perlawanan Piala Malaysia Negeri Sembilan FC menentang Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman.- Foto /AZRUL EDHAM


Pemain Terengganu FC, Mohd Faiz Nasir (kanan) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Muhammad Akram Maninan pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. - Foto NSTP/GHAZALI KORI


Bagaimanapun pada masa kecederaan babak pertama, pelawat akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas penyerang muda, Haqimi Azim Rosli mudah menolak masuk gol hasil hantaran silang kapten, Paulo Josue.

Berpunca daripada sepakan percuma, Ott yang melihat Tchetche tidak dikawal mengumpan bola kepada pemain itu sebelum Kipre Tchetche bijak menghidu peluang menewaskan Mendoza untuk pasukannya mendahului 2-1 pada minit ke-62.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan 2-1, Sherman bijak menghidu peluang pada minit ke-89 berpunca hantaran silang pemain gantian, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim untuk keputusan muktamad 3-1.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... gkir-juara-bertahan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.235521 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list