View: 356|Reply: 0
|
Liga Bola Sepak Terkecil Di Dunia, Lawan Antara Satu Sama Lain 17 Kali Dalam Satu Musim
[Copy link]
|
|
El Periódico de España
Liga Bola Sepak Isles of Scilly diiktiraf liga bola sepak rasmi terkecil di dunia yang disertai hanya dua pasukan.
Dua pasukan itu berlawan antara satu sama lain, 17 kali dalam satu musim.
Tom Jamieson for The New York Times
Portal Oddity Central melaporkan, Isles of Scilly, sebuah kepulauan dengan lebih 140 pulau di hujung barat daya Cornwall.
Seperti kebanyakan wilayah lain di England, pulau itu mempunyai liga bola sepak tersendiri, tetapi apa yang membezakannya ialah saiz liga terdiri daripada hanya dua pasukan, Garrison Gunners dan Woolpack Wanderers.
Tom Jamieson for The New York Times
Ia berlawan antara satu sama lain setiap hujung minggu, ketika musim dan permainan tradisional 'Old Men versus the Youngsters' pada Boxing Day.
"erlawanan sentiasa kompetitif dan semua orang sentiasa memberikan yang terbaik.
"Ia adalah liga unik, tetapi itulah sifat Isles of Scilly," kata pemain tempatan, Will Leathbridge.
Tom Jamieson for The New York Times
Menurutnya, pada permulaan setiap musim, mereka mencampurkan ahli pasukan untuk menjadikannya lebih menarik supaya pemain melawan orang yang berbeza.
"emain dibahagikan kepada (pemain) beberapa posisi dan kemudian pilihan alternatif akan diputuskan oleh kapten," katanya.
Tetapi bukankah bermain menentang pasukan yang sama setiap hujung minggu begitu membosankan selepas beberapa ketika?
Namun, bagi pemain dalam Liga Bola Sepak Isles of Scilly, kehidupan tanpa bola sepak lebih membosankan.
Jadi selagi mereka ada lawan, tiada siapa yang akan merungut.
Peminat bola sepak tempatan mengatakan terdapat satu ketika pada awal 1900-an apabila liga itu terdiri daripada pasukan dari semua lima pulau berpenghuni di kepulauan berkenaan.
Tom Jamieson for The New York Times
Tetapi itu semua berakhir pada 1950-an, dan sejak itu, hanya terdapat dua pasukan.
Menariknya, kedua-dua Garrison Gunners dan Woolpack Wanderers hanya bergantung kepada penduduk pulau St Mary untuk pengambilan pemain.
Tom Jamieson for The New York Times
Namun, usaha itu semakin sukar setiap tahun kerana anak muda di pulau itu terus pergi untuk mencari prospek yang lebih baik di tanah besar.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
| |
|