CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

Verstappen laksanakan tugas dengan cemerlang - Hamilton

[Copy link]
Post time 12-11-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON akui Verstappen melakukan tugasan dengan cemerlang. FOTO AFP

Sao Paulo: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton berkata seteru utamanya dari Red Bull, Max Verstappen berjaya melakukan 'kerja yang menakjubkan' dalam memenangi gelaran kedua musim ini dan boleh berbangga dengan pencapaiannya.

Verstappen, 25, bulan lalu merangkul mahkota kedua berturut-turut dengan masih berbaki empat perlumbaan.

Pemandu Belanda itu dan Hamilton bersaing sehingga perlumbaan terakhir pada 2021, dengan Verstappen muncul juara selepas bekas pengarah perlumbaan Michael Masi membuat perubahan kontroversi dengan membenarkan semula kereta keselamatan masuk.

Tahun ini, Red Bull jauh mengatasi pasukan Mercedes dan Verstappen mencipta rekod 14 kemenangan daripada 20 perlumbaan dengan baki dua saingan.


"Saya fikir dia melakukan kerja yang menakjubkan, dia sudah menyelesaikan tugasan yang dia perlu lakukan. Pasukan itu memberikannya sebuah jentera yang menakjubkan dan dia memberikan persembahan cemerlang hampir setiap hujung minggu.

"Dia boleh berbangga dengan tugas yang dia lakukan, saya tahu bagaimana rasanya berada dalam kedudukan seperti itu," kata Hamilton kepada pemberita di Grand Prix Sao Paulo.

Red Bull juga merangkul kejuaraan dunia pengeluar buat kali pertama sejak 2013 selepas lapan kejuaraan berturut-turut untuk Mercedes, yang ketinggalan 40 mata di belakang Ferrari di tempat kedua.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -cemerlang-hamilton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list